Kuala Lumpur – Mempunyai kulit sihat dan cantik pastinya satu bonus besar bagi setiap orang lebih-lebih lagi para wanita. Dengan sinaran terik matahari dan cuaca di Malaysia, sudah pasti rejim penjagaan kulit akan menjadi lebih sensitif agar kulit wajah terutamya tidak rosak disebabkan faktor itu.
Walaupun terdapat pelbagai jenis rawatan di pusat kecantikan, bukan semuanya sesuai dengan masalah kulit kita. Selain itu, komitmen lain yang menjadi penghalang untuk rawatan berulang juga menjadi sebab mengapa rawatan di pusat kecantikan bukan menjadi pilihan utama wanita.


Di sinilah Murad memainkan peranannya. Jenama yang dipercayai untuk merawat masalah kulit dengan produk yang selamat, terbukti secara klinikal dan bebas kekejaman ini cuba membantu, dengan memperkenalkan ‘Retinal resculpt overnight treatment’.
Produk berkuasa yang mengangkat dan memperbaiki kulit kendur secara efektif menggunakan retinol, salah satu bentuk Vitamin A yang paling mujarab.
Terbukti secara klinikal untuk menangani tanda-tanda utama penuaan dengan memulihkan penampilan leher yang kendur, produk ini membantu memulih dan meningkatkan keanjalan dengan menghaluskan kulit yang semakin berkedut serta ‘menipis’ bagaikan kertas krep.
Teknologi yang digunakan dalam produk ini diadaptasi dan disesuaikan daripada aplikasi farmaseutikal, yang membolehkan produk itu memberikan kestabilan yang dipertingkatkan dan penghantaran yang disasarkan jauh ke dalam permukaan kulit.

Bahkan, keberkesanan adalah 2.5 kali ganda berbanding dengan retinol bebas, namun ia masih bertindak lembut pada kulit,” ulas Pengarah Pendidikan Asia Pasifik Murad, Katy Bacon.
Tidak cukup dengan itu, produk rawatan kulit ini juga ditambah dengan ramuan ‘next-generation’ iaitu ekstrak bunga ‘Kangaroo Paw’ dan daun zaitun yang membantu meningkatkan keanjalan, kedutan halus dan menyokong daya tahan, dengan ekstrak oat dan alpha glucan yang membantu menambah seramida (lipid yang didapati secara semula jadi di lapisan kulit yang paling atas) untuk meningkatkan kelembapan dan memulihkan lapisan perlindungan kulit.
Kesan boleh dilihat adalah dramatik. Hanya dalam tempoh dua minggu, penampilan kulit yang kendur, berkedut dan tidak sekata akan tampil lebih anjal, lembut dan halus.
Transformasi kulit ini akan bertambah baik jika produk digunakan dalam tempoh yang lama, iaitu kira-kira empat minggu.
Formulanya yang berkhasiat, yang baik untuk kulit seimbang, berminyak, kering atau kombinasi akan membuatkan kulit anda berasa lebih anjal, lembut dan lembap.

Review Pengguna
Murad lancarkan ‘retinal resculpt overnight treatment’ untuk mengatasi kulit kendur.
Untuk wanita Asia yang menjangkau umur lewat 30-an, sudah pasti kedutan dan kenduran kulit wajah sudah mula kelihatan di sekitar tepi mata, tepi bibir, dahi dan sebagainya.
Ini sudah pasti menimbulkan kerisauan dan tercari-cari apakah solusi yang ada.
Dengan teknologi ‘retinal resculpt overnight treatment’ , segalanya membantu dalam masa 4 minggu sahaja dan ini benar-benar terbukti kepada kami sendiri yang telah mencubanya.
Kulit bertambah lembut dan kedutan yang ada pada wajah semakin memudar dan menegang. Hanya dengan satu botol sahaja, semua masalah kulit selesai dan menjadikan aura seri pada wajah terserlah.

Ramai mengagumi dan menyangka, pengguna menjalani rawatan laser pada kulit. Namun hakikatnya, hanya serum Murad sahaja membantu merawat wajah dengan selamat tanpa sebarang kesan sampingan.
Terbukti, produk Murad pastinya WAJIB menjadi pilihan setiap orang di Malaysia.
Murad’s Retinal ReSculpt™ Overnight Treatment akan tersedia di pasaran bermula 1 Jun 2023 di semua cawangan Murad, serta di www.murad.com.my. Setiap satu dijual pada harga RM598. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk ini, sila layari laman www.murad.com.my
