Petaling Jaya – Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) berhasrat menjadikan Petaling Jaya sebagai sebuah bandar raya ‘A Next Generation City’ yang inklusif, kolaboratif, berekologi, sihat, dinamik dan berteknologi digital.
Datuk Bandar Mohamad Azhan Md Amir berkata langkah jangka panjang menerusi Petaling Jaya Pintar, Mampan dan Berdaya Tahan 2030 (PJSSR2030) itu menumpukan golongan miskin bandar, inisiatif keusahawanan dan pendigitalan.

Beliau yang berucap dalam majlis sambutan ulang tahun ke-17 Bandar Raya Petaling Jaya disini hari ini, berkata aspirasi itu menfokuskan kepada kepada aspek bandar pintar, bandar inklusif, bandar rendah karbon, bandar mesra kanak-kanak dan bandar berpelajaran. Selaras itu, turut melibatkan pembentukan bandar pesat ekonomi, bandar komuniti 5.0, selamat dan berdaya tahan serta bandar e-pentadbiran.
“Untuk sektor ekonomi kita akan galakkan pelaburan dari dalam dan luar negara, sektor pelancongan serta menyediakan lebih banyak pusat setempat.

“Petaling Jaya telah diiktiraf sebagai Bandar Paling Bahagia berdasarkan Indeks Kebahagiaan 2022 melalui sistem jaringan penunjuk pembangunan mampan bandar dan luar bandar Malaysia, ini sekali gus menunjukkan kebahagiaan penduduk secara menyeluruh” katanya.
Petaling Jaya yang memperoleh status Bandar Raya pada 20 Jun 2006, kini berjaya mencipta sejarah tersendiri apabila dinobat pemenang Anugerah Bandar Pembelajaran oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dalam bidang pendidikan sains dan kebudayaan.

Selain itu, Majlis Perbandaran Petaling Jaya direkodkan sebagai Pihak Berkuasa Tempata (PBT) terbaik Malaysia mengalahkan 155 PBT lain.
“Kejayaan yang direkodkan ini secara langsung meletakkan Petaling Jaya sebagai Bandar Raya paling terbaik. justeru, saya amat terharu dengan kerjasama dari kerajaan Negeri Selangor, penduduk Petaling Jaya dan MBPJ dalam menyokong setiap dasar dan misi bersama” tambahnya.
Exco Pelancongan dan Alam Sekitar, Hee Loy San berkata, ia merupakan peningkatan sebanyak lima peratus berbanding 3.3 juta orang tahun lalu.

“Sememangnya negeri Selangor mempunyai banyak lokasi menarik untuk dikunjungi dan tidak terhad di kawasan bandar saja.
“Bagi menarik minat lebih ramai pelancong, pakej berasaskan komuniti setempat akan dipasarkan secara meluas kerana itulah trend terkini pelancong,” katanya.
Dalam pada itu, Loy Sian berkata, seramai 1,941 pengguna telah menggunakan aplikasi Go Selangor yang diperkenalkan sebelum ini dengan jumlah akses sebanyak 6,820 kali.
