21aa4dbf-b29f-4871-a83b-d4c04c8097cf

Kuala Lumpur – Satu acara permotoran besar-besaran, Adrenaline Rush Track Day (ART Day 2023) bakal berlangsung 15 Julai ini bagi memberi peluang kepada orang ramai melihat dan merasai sendiri kehebatan kereta sport dan berkuasa tinggi.

Penganjurnya, Utama Motors Sdn. Bhd. mengharapkan ia menjadi acara terbesar dan mampu meletakkannya sebaris dengan program permotoran terbaik dunia.

Di samping itu, antara penaja bersama adalah Persatuan Pengimport & Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA), SUKE TV, U Supercars, Malaysia Book Of Records, FS Bikes, Road Glide Malaysia,m dan Carlist.my.

Turut serta syarikat-syarikat lain yang terlibat seperti Liberty Insurance, EZCare Warranty, Warranty Smart, Elrah Exclusive, Kacey Legacy, Optimum Premium Motors (OPM) dan Drex Precision Services.

Pengarah Urusan Utama Motors, Dato’ Marof Khan bin Mohamed Idris berkata, acara ini akan dijadikan sebagai program tahunan dan mengumpulkan pemain industri kereta dari negara-negara Asia.

“Kami akan bekerjasama dengan pihak pelancongan Malaysia dan memasukkan acara ini kedalam kalendar Tahun Melawat Malaysia, untuk acara akan datang kami perlu perhalusi dan rancang untuk tour ke seluruh negeri.

“Kami juga berhasrat untuk bekerjasama dengan tiga buah negara iaitu Thailand, Singapura dan Indonesia tahun hadapan” katanya kepada Malaysianews TV.

Ditanya mengenai kawalan sekuriti, beliau menambah aspek itu menjadi keutamaan yang difikirkan dan telah bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan agar tidak berlaku kerosakan kenderaan seperti yang tular di media sosial pada pameran kereta sebelum ini di The Curve, Petaling Jaya.

“Kami faham keghairahan pengunjung yang datang dan oleh itu, pihak kami telah bersedia dengan kawalan sekuriti yang kuat, walau bagaimanapun pengunjung masih dibenarkan untuk menyentuh dan bergambar dengan setiap kereta yang dipamerkan” ujarnya lagi.

Acara ini bakal disertai lebih 400 pemilik kereta berkuasa tinggi dan kereta sport yang akan berarak, menjadikannya sebuah perhimpunan permotoran terbesar yang pernah diadakan di negara ini, sekaligus akan diikhtiraf Buku Rekod Malaysia (Malaysia Book of Records).

Selain itu, lebih 200 pemilik motor Harley Davidson akan turut serta memeriahkan perarakan ART Day 2023 nanti.

ART Day 2023 turut menganjurkan acara Time Attack bagi membuka peluang kepada pemilik-pemilik kereta berkuasa tinggi, kereta sport mahupun motor Harley Davidson yang berminat untuk merasai pengalaman memandu di atas trak dan menguji ketahanan kenderaan mereka. Hadiah bernilai hampir RM80 ribu yang berupa wang tunai, piala dan baucar pembelian untuk kegunaan di Utama Motors & FS Bikes ditawarkan bagi mereka yang menyertai acara tersebut.

Turut hadir dalam sidang media; Pemangku Presiden Persatuan Pengimpot dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema), Datuk Mohamed Nazari Noordin, Ketua Pegawai Operasi SUKE TV, Datuk AC Mizal, Pengarah Urusan Utama Motors dan FS Bikes, Datin Suzana Kamaruddin, Timbalan Presiden Kelab U-Supercars Malaysia, Encik Fifi dan wakil Road Glide Malaysia, Encik Jackder.

Orang ramai yang berminat untuk ke ART Day 2023 boleh mendapatkan tiket berharga RM29 bagi orang dewasa dan RM14 bagi kanak-kanak yang sudah mula terjual di www.ticket2u.com.my.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading