a72b6c7d-5ee8-424f-9667-6829ec0b8168

Kuala Lumpur – Dalam menyahut seruan kerajaan dalam kerjasama industri untuk menangani isu ketidakserasian kemahiran bakat dalam kalangan graduan, L’Oréal Malaysia berkerjasama selama lima tahun dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal
Vokasional (BPLTV).

Satu Memorandum Persefahaman (MoU)  dan pemeteraian PPP lima tahun antara bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) KPM dan L’Oréal Malaysia telah ditandatangani dalam majlis di hotel JW Mariot disini, hari ini.

Timbalan Pengarah Kanan Bahagian TVET, KPM, Zulkernai Fauzi, berkata kerjasama itu termasuk Perkongsian Awam-Swasta (PPP) selama lima tahun dengan L’Oréal Malaysia dengan matlamat memperkasakan golongan belia, meningkatkan kemahiran guru dan memupuk pemindahan ilmu.

“Kerjasama yang termeterai akan menumpukan usaha memperkasakan pelajar kerana negara ini mempunyai 86 kolej vokasional termasuk 17 institusi pakar dalam kosmetologi.

“Pada masa sama, kita berharap perkongsian strategik ini membolehkan pelajar memperoleh pandangan dan bimbingan perniagaan yang tidak ternilai daripada industri kecantikan,” katanya.

Tambahnya, kerjasama ini sebagai tanda peningkatan untuk negara apabila sektor awam dan swasta saling berganding bahu. Beliau turut kerjasama ini merangkumi peluang untuk pelajar dalam bidang perniagaan dan latihan perniagaan yang tidak ternilai daripada industri kecantikan.

“Kurikulum yang diterapkan KPM menggabungkan pembelajaran akademik dengan pengalaman praktikal, menekankan pada 70 peratus latihan kemahiran vokasional secara langsung dan 30 peratus teori untuk memastikan pelajar dapat mengembangkan kemahiran diperlukan bidang pilihan mereka,” ujarnya lagi.

Pengarah Urusan L’Oréal Malaysia, Tomas Hruska berkata, matlamat untuk mencipta kecantikan yang menggerakkan dunia dan yakin kejayaan sesebuah syarikat bukan hanya diukur pada prestasi ekonomi sahaja, ini kerana sumbangan dari segi sosial dan alam sekitar juga adalah penting.

“Di Malaysia, kami komited untuk mengembangkan perniagaan kami dengan cara yang bertanggungjawab, mampan dan inklusif. Kerjasama kami selama lima tahun dengan Kementerian Pendidikan Malaysia menjadi bukti komitmen kami dalam membantu komuniti danmemperkasakan industri dengan bakat-bakat yang berkemahiran”.

“Perkongsian ini untuk membolehkan pelajar kosmetologi ‘kalis masa hadapan’ untuk pasaran kerja melalui latihan dan peningkatan kemahiran, pemudahan pemindahan pengetahuan, serta peluang untuk pendedahan industri,” jelasnya.

Pada masa ini, terdapat 86 kolej vokasional di seluruh negara yang menawarkan 36 program peringkat diploma dan sijil yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Lembaga Teknologi Malaysia (MBOT) dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (DSD).

Leave a Reply