Kuala Lumpur – Honor Malaysia bakal membawa masuk telefon pintar baharu mereka tidak lama lagi dan telah mendedahkan telefon pintar yang bakal dilancarkan ini adalah Honor 90.
Dengan menilai reka bentuk bonggol kamera yang unik, kami pasti tahu bahawa siri HONOR 90 telah dikeluarkan di China kira-kira sebulan yang lalu dan inilah perkara yang perlu anda ketahui tentang telefon tersebut. Bermula dengan HONOR 90, ia menampilkan cipset Snapdragon 7 Gen 1, 6.

Paparan 7-inci OLED 120Hz dengan kamera hadapan 50MP. Menariknya Honor 90 adalah telefon pintar pertama Honor yang akan dilengkapi sensor utama 200MP.
Tampil dengan skrin paparan 1-bilion warna AMOLED berukuran 6.7-inci dengan resolusi 2664 x 1200 piksel dengan kadar 120Hz, HDR dan kecerahan maksima sehingga 1,600nits.
Selain itu, panel hadapan juga menempatkan kamera selfie iaitu sensor 50MP manakala pada bahagian belakang terdapat sensor utama 200MP ISOCELL HP3 yang mempunyai aperture f/1.9, sensor ultrawide 12MP dan sensor depth 2MP. tiada OIS disertakan.

Selain itu, Honor 90 ini akan dijana cip Snapdragon 7 Gen 1, dua pilihan RAM iaitu 12GB, storan sehingga 512GB dan MagicOS yang berasaskan Android 13.
Dalam pada itu, telefon pintar Honor ini juga mempunyai bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 66W , pembesar suara stereo dan GPU Turbo X.

Buat masa ini masih tiada tarikh pelancaran lagi, namun dipercayai akan dilancarkan sekitar pertengahan Julai nanti.
