HONOR Malaysia Country Director Justin Li is holding HONOR 90 while HONOR Malaysia Deputy Country Director Matthew Ng is holding the HONOR 90 Lite and HONOR 90.

Kuala Lumpur – Masanya telah tiba, HONOR Malaysia melancarkan Siri HONOR 90 yang dinanti-nanti rakyat Malaysia. Bukan itu sahaja, majlis tersebut juga menyaksikan pelancaran serentak HONOR 90 Lite dan tablet HONOR Pad X9.

Memenuhi pelbagai kehendak pencinta teknologi seluruh dunia, HONOR fokus untuk membawakan kecanggihan teknologi dan ciri-ciri inovatif yang menentukan semula definisi kelas pertengahan bagi telefon pintar dan tablet di pasaran. Siri HONOR 90 bakal diperkenalkan bersama dua model lain, dan HONOR Pad X9 menjadi tablet keempat yang diperkenalkan di Malaysia, sekaligus memberi pilihan kepada pengguna tempatan.

Fakta mengenai tiga model HONOR yang anda perlu tahu:

HONOR 90 5G – Menawan hati rakyat Malaysia dengan Revolusi Fotografi

Salah satu ciri-ciri paling menyerlah HONOR 90 5G adalah kehebatan kamera utama super sensitif 200 mega piksel. Revolusi teknologi kamera ini menjanjikan rakaman yang menakjubkan, imej berkualiti tinggi, melangkaui batas fotografi telefon pintar. HONOR 90 5G turut dibanggakan oleh skrin perlindungan mata dengan pengaturan cahaya tanpa risiko, memastikan pemandangan yang selesa tanpa masalah visual.

HONOR 90 Lite – Peneman Serba Boleh

Sementara itu, HONOR 90 Lite dimegahkan oleh Kamera Utama belakang 100MP, Paparan Tanpa Bucu 6.7 inci, dan ciri-ciri maju lain yang dapat memenuhi kehendak pencipta kandungan. Dengan kehebatan keupayaan kamera dan ciri-ciri yang canggih, HONOR 90 Lite memberi kuasa kepada pengguna merakam pemandangan landskap yang mengasyikkan dan potret swafoto yang menawan.

HONOR Pad X9 – Hiburan Terbaik dengan Keanggunan

Tablet HONOR Pad X9 menawarkan kehebatan prestasi audio dan keupayaan ruang penstoran yang mengagumkan, menjadikannya sesuai untuk produktiviti kerja dan hiburan di mana-mana sahaja. HONOR Pad X9 juga menawarkan pengalaman visual yang lancar dan bateri kekal lama ketika berada dalam apa jua aktiviti tanpa henti termasuk bermain game.

Timbalan Pengarah Negara Honor Malaysia, Matthew Ng berkata, siri Honor yang memperkenal tiga model baharu iaitu HONOR 90 5G, HONOR 90 Lite 5G dan HONOR Pad X9 itu boleh didapati di pasaran pada Sabtu ini.

Menurut Matthew, HONOR 90 5G tampil istimewa apabila dilengkapi dengan kamera Super Sensing 200 megapiksel (MP) untuk bahagian belakang dan kamera depan Super Clear 50MP.

“HONOR 90 5G juga memperkenalkan teknologi skrin paparan perlindungan mata dengan pengaturan cahaya tanpa risiko yang pertama di dunia.

“Paparan HONOR 90 5G juga menampilkan ‘Dynamic Dimming’ yang menyerupai cahaya semula jadi untuk mengurangkan keletihan mata, serta teknologi Circadian Night Display HONOR yang menapis cahaya biru dan menggalakkan rembesan melatonin semula jadi untuk meningkatkan kualiti tidur pengguna pada waktu malam

“Selain itu, HONOR 90 5G menawarkan pilihan storan yang mengagumkan sehingga 5126B dan dikuasakan oleh cipset Snapdragon 7 Gen 1 Accelerated Edition 5G untuk prestasi yang lancar,” katanya ketika Majlis Pelancaran HONOR 90 pada Khamis.

Tambah beliau, HONOR 90 5G yang berkapasiti 12 GB, 256GB boleh didapati pada harga RM1,799, manakala RM2,099 bagi model storan 12GB RAM, 512GB.

Dalam pada itu, ujar Matthew, model HONOR 90 Lite 5G hadir dengan harga serendah RM1,099 sesuai bagi mereka yang mahukan pilihan lebih berpatutan.

Manakala, HONOR PAD X90, model tablet dengan harga sebanyak RM1,499 (8GB, 256GB) serta dilengkapi pelbagai fungsi khusus meningkatkan pengalaman hiburan dan pendidikan kepada pengguna.

Maklumat lanjut berhubung ketiga-tiga model siri HONOR 90 itu boleh didapati melalui laman rasmi https://bit.ly/HONOR90SeriesPR.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading