Malaysianews TV berbesar hati diberi peluang membuat reviu peranti terbaik HONOR 90 5G yang sememangnya memiliki kualit padu dan mantap.
Dengan harga mampu milik dan sebagai peranti kelas pertengahan, HONOR 90 5G sudah tentu pilihan tepat dan berbaloi untuk dimiliki bukan sahaja bagi pencinta game tetapi sesuai untuk semua golongan dan peringkat umur.

HONOR 90 5G adalah fokus dalam ulasan terbaru kami ini dan telefon pintar ini juga tampil dengan reputasi sebagai telefon pintar pertama HONOR dengan sensor 200MP.
Berikut adalah ulasan HONOR 90 5G yang kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 1,799.
Reka Bentuk
HONOR 90 5G boleh dikatakan mempunyai rekaan yang hampir sama seperti HONOR 70 namun pandangan dengan lebih teliti akan menunjukkan bahawa generasi baharu ini tampil didalam rekaan modul kamera yang dikenali sebagai Moon Phase Ring. Modul kamera ini mempunyai rekaan bulat yang kelihatan seperti fasa bulan dan ianya juga lebih tinggi berbanding panel belakang yang bermaksudnya ianya tidak rata pada permukaan.
Selain itu, panel belakang HONOR 90 5G ini ditawarkan didalam beberapa kemasan yang berlainan dan paling mencuri tumpuan adalah warna Diamond Silver yang unik.

Selain Diamond Silver, HONOR 90 5G juga ditawarkan didalam warna Peacock Blue, Emerald Green dan Midnight Black.
Pada bahagian belakang, memiliki kemasan dengan tekstur kasar yang berkilau dan ianya adalah 100% anti capjari. Walaubagaimanapun, panel yang digunakan masih plastik namun amat sukar untuk sesiapa membezakan bahan yang digunakan daripada pandangan.
Panel belakang HONOR 90 5G ini juga melengkung pada keempat-empat sisi dan ianya selari dengan rangka yang diperbuat daripada besi.
Skrin
Skrin 6.7-inci AMOLED dengan resolusi 2664×1200 piksel, menyokong kadar segar semula 120Hz, dan juga HDR10+. Peranti ini disahkan boleh memainkan kandungan HDR10+ di Netflix dan juga Prime Video yang mana dalam ujian saya ia sangat terang dan memberikan pengalaman menonton menghampiri peranti mercu.

Menjadikan skrin peranti ini lebih menarik adalah sokongan suhu warna dan mod malam Circadian. Mod ini boleh memastikan mata pengguna tidak sakit ketika menggunakan peranti di waktu malam atau dalam suasana yang gelap. Bukan itu sahaja, HONOR turut menegaskan yang skrin peranti ini lebih selamat kerana menerima pengiktirafan TUV Rheinland dengan sokongan bebas berkelip.
Sokongan 120Hz pada peranti ini lancar dan pantas tidak seperti realme 11 Pro+. Walaupun tidak menggunakan panel LTPO, ia masih boleh berubah mengikut kandungan yang terpapar dengan algoritma pada MagicOS 7.1. Menatal skrin ini tiada masalah langsung dan sepanjang penggunaan saya tidak alami sebarang masalah lengah masa.
HONOR 90 5G juga tampil dengan sokongan mod Always On Display tampil dengan pelbagai rekaan yang unik.
Seterusnya, skrin paparan HONOR 90 5G ini juga mempunyai sisi bezel yang nipis dan terdapat juga sensor capjari dalam skrin yang merupakan jenis optikal.
HONOR 90 5G ini juga mempunyai lubang punch-hole yang menempatkan kamera selfie 50MP dan penggunaan panel skrin yang melengkung mungkin akan menyukarkan sedikit untuk anda mencari filem atau gelas perlindungan yang sesuai untuk peranti.
Secara keseluruhan, kami amat berpuas hati dengan skrin yang dimiliki oleh HONOR 90 5G dengan paparan warna dan kadar segar semula yang tinggi.
Perisian Pemprosesan
HONOR 90 5G tampil dengan penggunaan cip Snapdragon 7 Gen 1 Accelerated Edition yang merupakan cip midrange daripada Qualcomm yang diperbuat daripada proses 4nm. Menariknya proses fabrikasi 4nm adalah jenis proses yang digunakan untuk cipset kelas premium yang dilancarkan tahun lalu dan ianya turut membawakan sokongan Wi-Fi 6.
Cip kelas midrange ini terbukti mampu menawarkan prestasi hampir setaraf cip kelas flagship tanpa memerlukan penggunaan tenaga yang melampau.
Penggunaan dan tugas harian pada HONOR 90 5G seperti pelayaran sosial media, melayari laman sesawang dan permainan video yang tidak memerlukan grafik tinggi mampu dilakukan oleh telefon pintar ini dengan jayanya.
Bersama cip Snapdragon 7 Gen 1 Accelerated Edition ini, HONOR 70 dipadankan dengan 12GB RAM bersama storan dalaman 256GB atau 512GB yang boleh dikatakan antara storan terbesar ditawarkan pada segmen pasaran midrange.
Selain itu, HONOR 90 5G juga membawakan ciri RAM Turbo yang memberikan tambahan 7GN RAM maya namun tiada sebarang pilihan untuk menambah saiz RAM ini atau untuk menyahaktifkanya.
Bercakap mengenai UI yang disertakan, HONOR 90 5G tampil dengan antarmuka Magic UI 7.1 yang berasaskan Android 13 dan ianya merupakan antarmuka yang serba lengkap dan sangat mudah untuk digunakan.
Kualiti Kamera
HONOR 90 dilengkapi dengan tri-kamera di belakang yang menggabungkan sensor 200MP Ultra-Clear Camera, f/1.9, sudut lebar + 12MP, f/2.2, sudut ultra lebar/makro + 2MP, f/2.4, sensor kedalaman dan kamera swafoto 50MP.

Aplikasi kamera turut dilengkapi dengan banyak ciri AI baharu seperti AI Vlog Assistant, AI Video Quality Enhancement, menyokong mod HDR tersendiri, ciri gambar mod resolusi tinggi dan banyak lagi ciri menarik termasuk pengurangan bunyi bising video.

Memliki ciri sensor 200MP memberikan kelebihan apabila sensornya lebih besar 25 peratus dan peningkatan sensor cahaya sebanyak 14 peratus berbanding IMX766, IMX866, dan IMX890 yang biasa digunakan oleh peranti pintar yang ditawarkan pada harga hampir sama.


HONOR juga telah menggunakan VC biomimetik arteri yang sangat besar dengan lembaran grafit kekonduksian terma tinggi Gen 3 dan sistem pengurusan terma pintar AI penuh yang membolehkan suhu peranti dikawal dengan tepat dan menghilangkan haba secara stabil.


Secara keseluruhan, prestasi HONOR 90 5G adalah sangat memadai bagi pengguna yang mahukan sebuah telefon pintar yang lebih berpatutan namun masih mampu memberikan pengalaman hampir setaraf peranti flagship.


Ketahanan Bateri
Walaupun tampil dengan rekaan yang nipis, HONOR 90 5G telah menerima bateri yang lebih besar berbanding HONOR 70. Ianya kini memiliki bateri 5,000mAh (vs 4,800mAh) yang meletakkanya setaraf dengan kebanyakkan telefon pintar lain dipasaran.
Jangka hahat bateri HONOR 90 5G adalah sangat memuaskan dengan penggunaan cip 4nm Snapdragon yang sangat cekap tenaga.
Turut disertakan bersama bateri ini adalah sokongan pengecasan 66W HONOR SuperCharge yang mampu memberikan pengecasan ke tahap 20% didalam 5 minit sahaja.

Pengecasan adalah melalui kabel USB-A ke USB-C yang mana kedua-dua kabel dan palam pengecas disediakan di dalam kotak.
Tidak ketinggalan, HONOR 90 dipadankan dengan cip prosesor Snapdragon 7 Gen 1 dan pilihan memori pula mencapai 16GB RAM dan storan dalaman 512GB.
Harga bagi peranti ini ditawarkan pada harga RM2,099.


Spesifikasi HONOR 90 5G:
- 6.7″ AMOLED Quad Curved Floating Display, 2664×1200, 120Hz, HDR10+
- Snapdragon 7 Gen 1 Accelerated Edition (4nm)
- Magic OS 7.1, Android 13
- Saiz 161.9mm x 74.1mm x 7.8 mm
- Memori 12 Gigabyte LPDDR5
- Storan 512GB UFS 3.1
- Bateri 5000mAh Fast Charging 66W
- (CPU) 1x 2.5 GHz Cortex-A710, 3x 2.36 GHz Cortex-A710, 4x 1.8 GHz Cortex-A510
- Kamera belakang: 200MP Ultra Clear Camera, f/1.9, sudut lebar 12MP, f/2.2, sudut ultra lebar/makro 2MP, f/2.4, sensor kedalaman
- Kamera depan: 50MP, f/2.4
- Ciri Keselamatan: Pengimbas cap jari, pengecaman muka, nombor pin
- Warna: Emerald Green, Diamond Silver dan Peacock Blue
- Harga: RM2,099
