Kuala Lumpur – Metal Slug: Awakening, sebuah permainan e-sukan akan memulakan fasa beta terbuka secara rasminya pada 22 Ogos ini. Permainan itu bakal dilengkapi dengan reka grafik yang diperbaharui dan ditambah baik bagi memberi impak permainan yang lebih memukau.
Selain penampilan baharu watak ikonik dalam versi mudah alih ini, Metal Slug: Awakening turut menampilkan pelbagai naik taraf senjata yang inovatif bukan sahaja menerusi reka bentuknya, tetapi dari segi kekuatan dan efek yang mencabar.
Permainan ini bukan sahaja mengekalkan kebanyakan peta, Boss, kenderaan dan watak-watak asalnya seperti Marco, Tarma dan Fio, malah turut dinaik taraf dengan grafik HD yang mempamerkan pergerakan watak yang nyata serta ekspresi wajah yang realistik.
Pelbagai senjata baharu termasuklah Boxing Gun, Saw Launcher, dan banyak lagi menambahkan lagi cabaran permainan yang akan memberi nilai tambah lebih padu.
Bukan itu sahaja, mod kawalannya turut diubah suai secara menyeluruh bagi membolehkan pengalaman bermain tatal sisi lebih lancar sama seperti dulu.
Setiap komander dapat bergabung dengan tiga watak pilihan mereka untuk bersaing dengan pihak lawan, disamping mengawal pergerakan watak secara bebas di medan perang serta melawan Boss untuk mendaki aras lebih tinggi dan merebut pelbagai sumber yang menambahkan daya kekuatan.
Sewaktu memasuki mod pertempuran Prime Showdown PvP, dengan secara automatiknya sistem permainan akan mengimbangi Damage, Armor dan Health Point (HP) setiap komander untuk disesuaikan ke tahap yang sama dengan komander lain.
Selain daripada mod PVP, buat pertama kali dalam sejarah,Metal Slug: Awakening turut memperkenalkan gaya permainan Roguelike iaitu Hot Pursuit, satu lagi pembaharuan inovatif yang dibawakan oleh harta intelek legenda ini.
Setiap misi Hot Pursuit mengandungi 10 peringkat kecil, dan setiap kali selesainya sesuatu peringkat, sistem permainan akan memilih secara rawak tiga daripada empat peningkatan kemahiran yang tersedia: Summon, Black Hole, Barrage & Skill.
Metal Slug: Awakening turut telah mencapai kejayaan penanda aras pra-pendaftaran dengan lebih daripada 2 juta komander berdaftar setakat ini.
Untuk maklumat lanjut mengenai Metal Slug: Awakening, nantikan informasi terbaharu di halaman rasmi https://pre-reg.metalslugawk.vnggames.com/sgmy
