61692266391_TBpessawatterhempas

SHAH ALAM – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke lokasi kejadian nahas pesawat terhempas di kawasan perumahan di Elmina di Seksyen U16, di sini, hari ini.

Seri Paduka Baginda berangkat tiba sekitar pukul 5.40 petang.

Al-Sultan Abdullah kemudian berkenan menerima taklimat daripada Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.

Setakat ini, 10 mangsa disahkan terkorban dalam insiden yang berlaku pukul kira-kira 3 petang tadi.

Menurut Hussien, mangsa terdiri daripada lapan penumpang dan kru pesawat, selain dua orang awam iaitu penunggang motosikal dan pemandu kereta yang kebetulan berada di tempat pesawat terhempas.

Ketika ini operasi pembersihan serpihan-serpihan sedang giat dijalankan.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading