KUALA LUMPUR – Malaysia, masanya sudah tiba! Undian bagi Anugerah TikTok Malaysia 2023 secara rasminya telah bermula dari 15 Ogos hingga 26 Ogos. Rakyat Malaysia akan memilih pencipta kandungan TikTok kegemaran mereka untuk dinobatkan sebagai yang terbaik dalam majlis yang akan diadakan secara gilang- gemilang pada 27 Ogos ini. Tetapi nanti dulu, kami ada kejutan istimewa untuk pengundi! Bagi pengunjung yang singgah ke kedai HONOR di seluruh negara, anda boleh memiliki lima undian ekstra dengan mengimbas kod QR yang disediakan, dibawakan secara eksklusif untuk anda oleh HONOR Malaysia.
Meraikan Anugerah TikTok pertama di Malaysia, buat julung kalinya acara ini dikuasakan oleh HONOR 90 5G yang baru sahaja dilancarkan – simbolik kepada peneraju teknologi dan inovasi serta memberi nafas baru dalam dunia kreativiti digital. Di sini kami kongsikan keistimewaan HONOR 90 5G sebagai pilihan utama untuk majlis gah ini.
HONOR 90 5G: Pilihan untuk pencipta kandungan TikTok
1.) Kehebatan Kamera – Kamera Super Sensing 200MP
Penghasilan foto yang sempurna tidak lagi mustahil dengan adanya HONOR 90 5G, dimegahkan oleh Kamera Super Sensing 200MP yang merakam setiap nuansa, warna dan emosi dengan teliti dan tiada tandingan. Sama ada foto landskap yang mempesona atau foto jarak dekat yang menawan, kamera hebat ini mampu menghasilkan ekspresi yang artistik, menjadikannya sebuah peranti yang menjadi dambaan ramai penghasil kandungan di luar sana.
2.) Sisi Potret Diri – Kamera Depan Super Clear 50MP
Pencipta kandungan kini boleh menaik taraf gaya merakam diri sendiri dengan Kamera Depan Super Clear 50MP HONOR 90 5G, bukti sebenar tentang komitmen jenama ini untuk menonjolkan individu. Sebagai pencipta kandungan TikTok, pesona individu harus ditonjolkan dengan jelas dan menawan demi memastikan video log (vlog) atau sudut pandang (POV) yang terhasil itu kreatif dan menarik.
3.) Tenaga Kreatif Berkekalan – Kuasa Bateri Besar
Mungkin ramai yang tidak tahu, pencipta kandungan sering berlumba-lumba untuk menghasilkan video yang kreatif dan menghabiskan masa yang banyak merekod video berulang kali. Sekarang mereka tidak perlu risau lagi kerana HONOR 90 5G dicipta untuk penggunaan tahan lama. Dilengkapi oleh bateri yang kukuh, pencipta kandungan boleh mencurahkan daya kreativiti lebih jauh tanpa sebarang gangguan.
4.) Kanvas Tanpa Sempadan – Penstoran 512GB
Menghasilkan video merupakan satu inovasi kreatif yang tiada had batasan, begitu juga kapasiti penstoran HONOR 90 5G. Dengan ruang sehingga 512GB, pencipta kandungan dapat menghasilkan karya agung tanpa ragu-ragu dan disimpan dengan selamat.
Anugerah TikTok Malaysia 2023 – dikuasakan oleh HONOR Malaysia
Melalui kerjasama luar biasa ini, HONOR Malaysia bukan sahaja menjuarai dunia inovasi teknologi malah membuka laluan untuk pencipta kandungan Malaysia melonjakkan diri ke tahap lebih tinggi. Anugerah TikTok, disokong oleh HONOR 90 5G, bukan sekadar satu majlis biasa tetapi satu manifestasi kepada gabungan harmoni
antara kepintaran manusia dengan kuasa teknologi.
Ramai yang sudah tidak sabar menantikan malam Anugerah TikTok, pentas untuk meraikan penghargaan, kreativiti dan inspirasi tanpa sempadan. Proses undian sudah pun bermula dan HONOR Malaysia menjemput anda turut serta memeriahkan suasana di mana setiap undian, setiap video dan setiap detik kecemerlangan harus diiktiraf selayaknya dalam dunia kreativiti digital.
Jadi apa tunggu lagi? Segera lawati kedai HONOR yang berhampiran dan dapatkan 5 undian ekstra untuk Anugerah TikTok Malaysia 2023: https://www.hihonor.com/my/retail/
