41a4519d-9830-470a-8580-3202fc838368

Shah Alam – Sejak belakangan ini, Thailand menjadi destinasi tumpuan rakyat Malaysia untuk melancong bersama rakan-rakan dan juga ahli keluarga.

Antara lokasi yang menjadi tarikan orang ramai adalah seperti Hat Yai dan Bangkok. Katanya di sana harga makanan dan barangan lebih murah.

Kebetulan pula perkhidmatan personal van ada disediakan oleh agensi pelancongan dengan harga Rahmah dan setiap orang boleh melancong dengan selesa. Turut disertakan pemandu persendirian, jadi makin senang nak bergerak ke negara tersebut.

Menerusi perkongsian Pengarah Urusan Mursyid Alharamain, Muhammad Mursyid Abdul Hassan, orang ramai kini mampu bercuti dengan harga rendah jika bijak memilih.

“Hanya dengan RM350, kini orang ramai boleh membawa satu keluarga bercuti ke Hatyai tanpa rasa penat memandu atau beratur panjang, kerana kami tawarkan servis Chauffeur dengan pakej ‘Private Trip Hatyai’.

“Anda boleh bercuti dengan selesa, tidak meletihkan dan lebih menarik lagi tiada masalah jika anda membawa warga emas atau kanak-kanak bersama” katanya dalam sidang media di ibu pejabatnya.

Tambahnya lagi, pakej istimewa ini ditawarkan sempena 10 tahun perjalanan agensi beroperasi.

“Pakej mesra Muslim ke Hatyai ini kami lancarkan istimewa sempena sambutan ke-10 Mursyid Alharamain Travel & Tours Sdn Bhd beroperasi. Mereka boleh memilih pelbagai jenis kereta mewah yang disediakan mengikut kesesuaian kumpulan.

“Pakej tiga hari dua malam ini termasuk penginapan dan perjalanan ke 10 destinasi menarik di Hatyai” ujarnya lagi.

Jelasnya, semua lokasi yang akan dilawati telahpun disusun mengikut jadual, namun pelanggan boleh memilih atau menetapkan lokasi dan jangka waktu awatan mengikut keselesaan sendiri.

Bagi pakej ini, tawaran harga RM350 dan minimum tempahan ialah seramai lima orang.

Mursyid Alharamain juga turut menawarkan pakej pelancongan dengan harga berpatutan ke destinasi Korea serendah RM3680, Turkiye pada harga RM4990 dan Balkan dengan harga RM7880. Kesemua destinasi dengan penerbangan Malaysia Airlines (MAS) dan Royal Brunei Airlines (RBA).

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading