Photo 1 (L-R_ Shubham Saran, Head of Logistics, foodpanda Malaysia and Prof. Dr. Jason Fitzsimmons, Vice-Chancellor, Manipal International University)

Kuala Lumpur – foodpanda, salah satu platform penghantaran makanan terkemuka di Malaysia, hari ini telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Universiti Antarabangsa Manipal (MIU) untuk bekerjasama dan memberi peluang kepada rakan penghantar untuk mengejar pendidikan peringkat tinggi. Inisiatif ini bertujuan untuk membantu rakan-rakan penghantar meningkatkan kemahiran dan kelayakan yang diperlukan untuk memajukan kerjaya mereka.

Menerusi kerjasama itu, lima orang rakan penghantar yang tekun telah dipilih untuk menyertai kursus Diploma Pengurusan Perniagaan tajaan selama dua tahun. Kursus ini ialah sebahagian daripada kursus komprehensif yang ditawarkan oleh MIU. Bagi menyokong dan memastikan mereka dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya kepada pelajaran, foodpanda akan menyediakan komputer riba dan penginapan asrama yang percuma untuk mereka  sepanjang tempoh dua tahun kursus berkenaan.

“Di foodpanda, kami komited untuk memupuk dan melabur dalam masa depan rakan-rakan penghantar kami yang merupakan nadi dan jiwa perniagaan kami. Kami sentiasa berasa bangga dengan dedikasi dan usaha gigih mereka. Oleh sebab itu, kami sangat teruja untuk menyokong dan menyaksikan kejayaan mereka dalam mencapai masa hadapan dan kualiti hidup yang lebih baik,” kata Shubham Saran, Ketua Bahagian Logistik, foodpanda Malaysia.  

“Kami berbesar hati untuk mengalu-alukan ‘rider’ foodpanda ke kampus kami dan memberi mereka satu peluang unik untuk mengubah kehidupan mereka. Kolaborasi ini menonjolkan kuasa pendidikan dalam memacu perubahan positif.  Kami berharap bahawa apa yang telah kami mulakan hari ini akan membuka peluang untuk menjalini kerjasama stategik dalam membangunkan rakyat serta ekosistem  ekonomi ‘gig’ di Malaysia secara keseluruhan,” kongsi Naib Canselor Universiti Antarabangsa Manipal, Prof. Dr. Jason Fitzsimmons.

Kerjasama ini selaras dengan komitmen yang diberikan oleh foodpanda kepada kerajaan Malaysia susulan sesi pertemuan dengan Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Sesi tersebut menekan kepentingan meningkatkan pembiayaan negara demi peningkatan kemahiran, program latihan, dan inisiatif-inisiatif lain yang bertujuan untuk meningkatkan jaringan keselamatan sosial bagi komuniti ‘rider’ p-hailing. 

R. Gopinath, salah seorang penerima biasiswa daripada 60 pemohon adalah seorang bapa tunggal berusia 41 tahun yang telah menjadi rakan penghantar foodpanda selama empat tahun. “Saya mempunyai impian dan aspirasi, seperti semua orang. Saya ingin melanjutkan pengajian di universiti, supaya saya boleh memiliki kehidupan yang lebih baik untuk diri saya dan keluarga saya. Tetapi impian saya telah hancur apabila saya tidak mampu untuk meneruskan pengajian selepas SPM. Ibubapa saya sudah berjuang keras untuk mencukupi keperluan, dan saya tidak mahu memberi bebanan tambahan kepada mereka,” katanya.

“Menjadi pemandu foodpanda telah membantu saya mendapatkan keupayaan untuk menjaga ibubapa dan anak-anak saya. Ia kerja yang sukar, tetapi saya berazam untuk mengehadkan diri saya. Saya sangat berterima kasih kepada foodpanda dan Universiti Antarabangsa Manipal kerana memberi saya peluang ini. Saya bersemangat untuk masa depan saya dan saya berharap ini akan membekalkan saya dengan pengetahuan dan kemahiran untuk membuka restoran saya sendiri,” kata Gopinath.

“Menerusi kerjasama kami dengan MIU, rakan penghantar foodpanda yang terlibat dapat mengakses pendidikan berkualiti dan komprehensif yang telah ditawarkan oleh institusi itu selama lebih dari enam dekad. Inisiatif ini akan melengkapkan pelbagai manfaat dan program yang telah kami sediakan untuk mengembangkan dan meningkatkan kemahiran rakan-rakan penghantar kami,” tambah Shubham. 

Semenjak bermulanya foodpanda beroperasi di Malaysia, syarikat tersebut telah meningkatkan dan memperluaskan pelbagai faedah bagi menyokong rakan-rakan penghantar dalam pelbagai cara. Dalam pada itu, penekanan khusus telah diberikan kepada aspek pertumbuhan dan pembelajaran, di mana foodpanda telah mencipta pelbagai kursus kemahiran semula (reskilling) dan peningkatan kemahiran (upskilling) untuk para rakan penghantar. 

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading