PM dibenarkan keluar HKL pagi ini

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dibenarkan keluar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) pagi ini selepas menjalani prosedur pembedahan kecil gigi semalam.

Anwar dilihat meninggalkan pekarangan HKL pada pukul 9.39 pagi tadi, diiringi anggota dan pegawai keselamatan.

Semalam, Anwar memaklumkan beliau menjalani prosedur pembedahan kecil gigi di HKL, dan pasukan perubatan menasihatinya untuk berada di hospital sehingga esok pagi.

– BERNAMA

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading