908740ed-f2da-480b-bc54-9c12a50d0d2e

Jatuh cinta pandang pertama!

Sesiapa yang melihat peranti kompak boleh lipat dengan gaya yang sofistikated dan nampak elegan, sudah pasti jatuh hati dan ingin memiliki. Dengan reka bentuk yang kecil dan ringan, ternyata memudahkan urusan anda untuk kemana-mana sahaja.

Kami berpeluang memgang dan menggunakan sendiri Samsung Z Flip 5 hebat ini.

Apa yang boleh kami katakan, peranti ini ada gaya tersendiri. Kami boleh kerap berselfie tanpa perlu membuka peranti, hanya guna skrin hadapan sahaja. Malah, kami boleh melayari internet dengan skrin petak hadapan tanpa buka dan tutup skrin dalam utama.

Hebat kan…

Ini reaksi pertama buka kotak Samsung Z Flip 5!

Ternyata dengan skrin penutup 3.4-inci pada Z Flip5 (kini dikenali sebagai Tetingkap Flex atau Flex Windows), hasrat untuk peranti lipat skrin besar sudah menjadi kenyataan.

Bagi telefon lipat terbaru Samsung, ia mengekalkan banyak ciri-ciri hebat sedia ada di model terdahulu. Antaranya skrin Dynamic AMOLED 2X, kekalisan air IPx8, badan besi Armor Aluminium dan banyak lagi. Khas untuk Galay Z Flip 5, ia kini tampil dengan skrin luar yang bukan sahaja lebih besar, tetapi kini boleh digunakan seperti skrin biasa.

Prestasi Tertinggi untuk Galaxy

Sebagai peranti kelas flagship, cip terbaik digunakan untuk peranti baru ini. Sama seperti siri Galaxy S23, cip Snapdragon 8 Gen 2 for Galaxy dipasang ke dalam Galaxy Z Fold 5. Ia datang bersama RAM 8GB dan storan antara 256GB dan 512GB. Tiada lagi storan 128GB.

Selain daripada skrin luar lebih besar dan prestasi dalaman diganti kuasa baru, lain-lain perkara di Galaxy Z Flip 5 agak serupa dengan model terdahulu, Galaxy Z Flip 4. Badannya diperbuat daripada besi Armor Aluminium yang ringan dan tahan lasak.

Satu perubahan yang ketara ialah kamera hadapan 10MP Z Flip5 mempunyai sudut yang lebih luas daripada Z Flip4, tetapi penulis lebih gemar mengambil swafoto Quick Shot melalui Tingkap Flex (menggunakan kamera belakang).

Gambar yang diambil oleh Z Flip5 adalah cantik dan agak teliti, tetapi pemprosesan pasca imej kadangkala terasa seperti terlalu banyak. Jika itu mengganggu anda, mungkin mematikan Scene Optimiser.

hayat bateri Z Flip5 adalah lama, susut hanya beberapa peratusan walaupun menonton YouTube selama berjam-jam di Tetingkap Flex.

Secara keseluruhannya, tanggapan pertama Z Flip5 ia adalah peranti pintar terbaik susulan penambah baikan Z Flip 4.

Nak tahu reviu lengkap kami? Klik Sini

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading