Kuala Lumpur – Pameran buah-buahan segar, Thai Fruitopia bakal memenuhi hari minggu anda pada 22 Ogos sehingga 24 September di semua 12 cawangan Aeon, CS dan Segi Fresh terpilih di seluruh negara.
Selain dari pameran buah-buahan, orang ramai berpeluang menikmati jus dan ais krim daei Thailand.

Pengarah DITP, Worawan Wanwill berkata; “Saya gembira dapat menyaksikan usaha kerjasama rakan pengedaran kami dan sokongan tidak berbelah bahagi daripada pasar raya dan pasar raya besar untuk pameran Fruitopia Thai ini. Saya yakin, buah-buahan yang indah ini akan memberi impak luar biasa di Malaysia.

Pameran ini dibawakan oleh Jabatan Perdagangan Antarabangsa dan Promosi Thailand (DITP) dan rakan kongsi pengedaran terkemuka di Malaysia. Fu Yun Fruits Trading juga merupakan pengimport utama yang membawa buah-buahan terbaik dan segar dari Thailand.
Antara pengisian utama pameran ini ialah promosi buah-buahan tropika segar yang baru diimport terus dari ladang di Thailand kepada penggemar di Malaysia, jus sihat yang dibungkus segar dengan penampilan jenama seperti Malee, dan banyak lagi. Jus ini dan diekstrak dengan teliti dan dibungkus dengan sempurna. Produk lain termasuk aiskrim buah- buahan Thai, yang menampilkan jenama seperti Brave Tristar.

Selain itu, pengunjung juga akan dijamu dengan pelbagai aktiviti dan tawaran menarik yang akan membawa pengunjung ke dalam dunia buah-buahan Thai dan seni kulinari.
Antaranya, pengunjung berpeluang merasai sampel makanan unik Thailand, ukiran buah-buahan dan demonstrasi masakan.
