Kuala Lumpur- Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd. melancarkan produk baharu, bihun AQSA bagi mempelbagaikan variasi keluaran syarikat itu yang terkenal dengan rempah ratus dan perencah makanan.
Ketua Pegawai Eksekutif Adabi, Syed Mahadzir Dato’ Syed Mansor berkata, Adabi terkenal dengan pelbagai produk seperti rempah sup bunjut, perencah kari, sambal, perencah bihun dan sebagai. Selaras itu, kini tiba masa Adabi mengeluarkan bihun bagi melengkapkan dengan perencah sedia ada.


“Kita sudah ada pelbagai perencah, dan bagi melengkapkannya kini tiba masa kita keluarkan bihun sendiri.
“Dalam perancangan kami, selepas ini untuk keluarkan mi spagheti, mi kuning dan beras keluaran Adabi yang pastinya berkualiti sesuai harga yang ditawarkan” katanya dalam majlis perasmian.
Bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan Negara yang ke – 66, Adabi tidak terlepas peluang untuk bersama – sama meraikan sambutan Hari Kemerdekaan dengan menjalankan aktiviti riadah yang melibatkan kakitangan dan orang ramai.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti Kayuhan Merdeka, Larian Merdeka dan Zumba.


Objektif program ini dijalankan adalah bagi memberi aspirasi kepada kakitangan dan para peserta kepentinga semangat patriotik itu perlu dipupuk dari segenap generasi dan dalam masa yang sama dapat mendekatkan lagi masyarakat luar dengan produk – produk Adabi.
