b706be4a-804b-4069-9621-8470380fad0e

Shah Alam –  Pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), PTTI diiktiraf oleh Malaysia Book Of Records (MBOR) apabila berjaya mencatat jumlah pelajar mendapat semua A pada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022.

Sijil itu diserahkan oleh dua wakil MBOR, Siti Hajar Johor dan Jeska Seah.

Ketua Pegawai Operasi PTTI Group Sdn. Bhd, Muhd. Habibunajjar Sazali berkata, seramai 123 pelajar berjaya mendapat semua A pada SPM lalu termasuk seorang pelajarnya yang mendapat 11 A+.

Jelasnya, PTTI yang bermula pada tahun 2020 bermula dengan penyertaan seramai 34 orang pelajar sehingga meningkat kepada jumlah 13, 200 penyertaan pada tahun 2022. Ini menunjukkan kesedaran dan permintaan yang tinggi di kalangan para pelajar yang memerlukan pelajaran tambahan luar dari sekolah.

“Kami sasarkan pada tahun ini, peningkatan 10% pelajar bakal memiliki keputusan SPM A kesemua subjek dengan pemantapan modul dan teknik pengajaran berkesan.

“Di PTTI, kami mula melatih para pelajar pada peringkat asas sehingga mahir. bermakna para pelajar akan diajar antara subjek yang lemah sehingga mampu mendapat markah tinggi dalam setiap latihan” katanya dalam sidang media yang berlangsung di IDCC, disini hari ini.

Tambahnya, teknik menggunakan kod warna pada nota pelajaran, latih tubi soalan peperiksaan dan penggunaan akronim diterapkan bagi memudahkan daya ingatan dan pemahaman sangat membantu menguasai setiap subjek yang diajar lebih-lebih lagi pada mata pelajaran yang sukar.

Beliau turut berkata, pelantikan dua orang selebriti; Iman Troye dan MK Clique sebagai duta juga turut membantu para pelajar tidak bosan disamping memberi semangat, motivasi dan nilai murni.

“Iman Troye dan MK Clique dilantik sebagai duta bagi menarik minat para pelajar ini agar tidak mudah bosan dalam sesi pembelajaran dan sesuai dengan peringkat umur para pelajar” jelasnya lagi.

Dua orang wakil peserta PTTI, Danish Azhari dari SMK Sains Hulu Langat dan Zainatul Zahira Haslan dari SMK Puncak Alam yang masing-masing memiliki keputusan 9A menyifatkan kejayaan mereka pada peperiksaan SPM 2022 yang lalu adalah dari pembelajaran dan latihan di PTTI yang menggunakan teknik pengajaran mudah faham dan latihan yang pelbagai dari soalan-soalan peperiksaan percubaan.

PTTI juga turut menumpukan kursus latihan skor A di kawasan luar bandar dengan kerjasama pihak sekolah secara percuma. Setakat ini, seramai 10,000 pelajar di sekitar Pantai Timur, Utara dan Lembah Kelang telah mendapat kemudahan yang disediakan.

PTTI bakal melebarkan usahanya di kawasan Borneo pada bulan hadapan.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading