77b24665-fdf3-4bf9-aa9e-5c29a60a812c

Petaling Jaya – Lebih kurang 300 umat Islam telah hadir menyertai Program Ceramah Maal Hijrah yang diadakan di Surau Perdana, Petaling Jaya sempena Awal Muharam 1443H di sini hari ini.

Program diserikan lagi dengan kehadiran 3 orang ustaz selebriti antaranya Ustaz Abdullah Khairi, Prof Madya Dato Mohd Izhar dan Ustaz Haslin atau lebih dikenali Ustaz Bollywood. Kehadiran mereka bertiga bagi menyantuni orang ramai dengan menyampaikan ceramah bertajuk Hakikat Hijrah.

Program dimulakan dengan solat fardhu Maghrib berjemaah dan kemudiannya diteruskan dengan pengisian ceramah.

Timbalan Pengerusi Masjid, Dr. Abdul Fattah Abdul Wahab (kiri) bersama Setausaha surau, Mohd Naim Hamidon (kanan)

Timbalan Pengerusi Masjid, Dr. Abdul Fattah Abdul Wahab berkata, ceramah Maal Hijrah ini dijalankan bagi memenuhi program surau yang telah disusun sehingga penghujung tahun ini.

“Pihak AJK surau telah menyusun beberapa program sehingga akhir tahun bagi mengimarahkan surau dengan pengisian menarik bertujuan menarik orang ramai di sekitar ini untuk datang beramai-ramai memeriahkan majlis ilmu sperti ini.

“Pada Aidiladha lalu, surau Perdana telah menjalankan ibadah korban terbesar dengan mengorbankan 18 ekor lembu dan selepas itu banyak lagi program telah berjaya dilakukan dan hari ini kami menjemput 3 orang penceramah terkenal mengadakan ceramah agama disini” jelasnya kepada Malaysianews TV.

Menurut Setausaha surau, Mohd Naim Hamidon, pemilihan 3 orang ustaz selebriti tersebut adalah bagi menarik orang ramai di kawasan setempat khususnya golongan muda dan kanak-kanak agar datang ke surau menyelami makna Maal Hijrah.

“Konsep kekeluargaan di mana berkasih sayang, memupuk perpaduan di kalangan keluarga dan membawa keluarga daripada perkara baik kepada yang lebih baik semuanya adalah satu penghijrahan.

“Kita mahu memberi peluang kepada masyarakat beramal di masjid dan surau secara tidak langsung mewujudkan rasa cinta kepada majlis imu seperti ini” ujarnya.

Surau Perdana bakal mengadakan satu lagi ceramah dengan pengisian Maulidur Rasul dengan menjemput Ustaz Dato’ Haji BadliShah pada 11 September ini.

Orang ramai juga dijemput memberi infaq surau kepada tabung Surau Perdana ke akaun Maybank 562768410434.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading