Kuala Lumpur – Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) dan pemilik restoran Ali Maju , Datuk Jawahar Ali Taib Khan menggesa semua masjid dan surau seluruh Malaysia agar membantu bakal pasangan yang kurang berkemampuan untuk mendirikan rumah tangga.

Katanya, kutipan derma dan bantuan yang diterima wajar dilakukan majlis perkahwinan berkonsepkan Rahmah bagi memudahkan golongan asnaf yang mengalami kekangan kewangan untuk berkahwin.
“Kita galakkan orang ramai untuk bersedekah di surau dan masjid-masjid dan dari kutipan itu boleh juga disalurkan sebahagiannya untuk memudahkan bakal pasangan untuk melangsungkan perkahwinan.
“Kita boleh raikan lebih kurang 5 pasangan dalam satu masa dan secara tidak langsung membantu membina ikatan halal mawaddah dan rahmah” katanya.
Sehubungan itu, PRESMA dengan kerjasama Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) membantu pasangan warga emas yang bakal mendirikan rumah tangga pada minggu kedua bulan September ini.

“Ini adalah inisiatif kami membantu pasangan ini dan Insya Allah dalam majlis itu nanti juga akan diraikan beberapa pasangan lain” ujarnya.
Beliau ditemui pada majlis perkahwinan anak perempuanya Rizwana Jahan dengan pasangan, Muhammad Firdaus di Kampung Pengantin Gabion Garden disini hari ini.
