Dato Aaron Aziz, Amber Chia, Datin Seri Jekkie Chin, Simon Chin, Leron Yee, Dato Dr Ammar, Dato Jackky Lim, Jeremy Chin, Jeffrey Phua, Chan Fong

Kuala Lumpur – Makanan memainkan peranan penting dalam kehidupan harian setiap orang dan juga berkait rapat dengan budaya Malaysia. Misi Dking dari awal adalah untuk “membuat semua orang menyukai durian,” dan dengan semangat itu, pelbagai usaha untuk mendidik, mempromosi dan mempamerkan betapa berharganya raja buah Malaysia sebagai sebuah komponen menjadikan negara ini salah satu destinasi popular untuk dikunjungi.

Durian Cultural Fest 2023 yang memasuki tahun ketiga penganjurannya, dilihat berupaya menjadi acara tahunan bagi memberi peluang orang ramai dalam dan luar negara menikmati durian jenis Musang King, D101, Udang Merah dan D24 secara bufet sehingga puas.

Pengasas DKing, Leron Yee berkata acara tahun ini lebih besar berbanding sebelumnya dengan penyertaan pelbagai rakan penaja dan syarikat korporat yang bekerjasama menjayakannya disamping memperkenalkan produk mereka sendiri.

“Dijangka lebih 600 pelancong dari China dan Singapura juga turut hadir bagi memeriahkan dan menikmati bufet durian, masyarakat tempatan juga ada dan sebut sahaja durian pasti ramai yang menyukainya.

“Hanya RM68 sahaja dan pengunjung berpeluang makan durian sampai kenyang disamping pelbagai makanan ringan, kuih muih dan buah-buahan lain yang pasti menggembirakan” katanya.

Jelasnya lagi, usaha Dking merupakan algoritma terbaik dalam meningkatkan industri pengeksportan durian sekaligus memacu ekonomi negara lebih positif. Selain itu, ia juga mampu meningkatkan industri pelancongan negara.

“Bekalan durian kami dieksport ke 13 buah negara antaranya China, Jepun, Australia, Amerika Syarikat, Jerman, Dubai dan sebagainya, dan untuk tahun ini peningkatan antara 10-15% dapat dilihat lebih-lebih lagi selepas pandemik” tambahnya lagi.

Pengasas Bersama dan Pengarah Urusan LKE Group Sdn Bhd, Jeremy Chin menambah kerjasama dengan Dking ini secara tidak langsung dapat meningkatkan ekonomi negara sebagai pengeksport durian terbesar. Kerjasama ini merangkumi pembangunan jenama bagi kedua-dua belah pihak serta pembangunan dan penambahbaikan pengurusan pemasaran, pengedaran dan bekalan untuk memenuhi kehendak pasaran.

LKE juga mengambil pelbagai langkah untuk membina kredibiliti dan ketelusan dengan mewujudkan program Legasi Perkongsian Durian atau dikenali ‘pokok angkat’ Patuh Syariah yang pertama di Malaysia.

Projek yang  kini memasuki fasa ke-8 dengan setiapnya mempunyai saiz yang berlainan dan kepelbagaian durian premium, ditawarkan kepada rakan kongsi setelah pokok dalam kawasan terbabit mencapai usia satu tahun atau lebih dan mempunyai infrastruktur yang secukupnya.

Turut hadir merasmikan acara ini, Dato’ Dr. Ammar Abd. Ghapar, Ketua Pengarah Tourism Malaysia.

“Festival ini bukan sahaja dicipta untuk pamerkan durian Malaysia, tetapi sebagai satu langkah yang monumental dalam rancangan mereka untuk mencadangkan hari rasmi untuk durian di Malaysia yang dipanggil Hari Durian.

“Malaysia sudah pun terkenal dengan duriannya dan dengan negara lain mempunyai hari istimewa mereka sendiri untuk meraikan makanan mereka, ini menggesa Malaysia mempunyai hari istimewanya sendiri dalam kalender untuk rakyat Malaysia meraikan buah ruji kita” ujarnya dalam sidang media disini hari ini.

Beliau menambah lagi, Malaysia patut mempunyai Hari Durian sendiri, ia akan bertindak sebagai komponen mempromosikan durian di seluruh dunia. Ia juga akan menaikkan patriotisme rakyat Malaysia, berfungsi sebagai peluang untuk Malaysia diiktiraf dan diwakili oleh buah-buahan di seluruh dunia, dan beri potensi untuk ditambah dalam kalendar pelancongan pada masa hadapan.

Hadir sama, duta DKing; Dato Aaron Aziz, Amber Chia dan penyampai radio Chan Fong.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading