yumeat macaroni - 2

Shah Alam – Kesan perubahan iklim dirasai di seluruh dunia. Asia Tenggara sendiri berhadapan dengan fenomena cuaca El Nino yang meningkatkan suhu laut dan darat serta mengurangkan penurunan hujan, yang seterusnya memburukkan lagi keadaan ekoran jerebu merentasi sempadan.

Kita semua mampu memainkan peranan untuk mengurangkan kesan ini. Mengamalkan gaya hidup vegan atau flexitarian merupakan cara berkesan dalam mengurangkan jejak karbon secara individu bagi masa depan yang lebih lestari.

Sungguhpun demikian, mendapatkan pilihan makanan berasaskan tumbuhan yang enak dan lestari mungkin suatu yang mencabar di Malaysia. Oleh itu, penyelesaiannya adalah dengan mendapatkan yumeat™, daging berasaskan tumbuhan sedia dimakan dan stabil disimpan di rak yang pertama di Malaysia. Produk berkualiti tinggi ini datang bersama manfaat pengurangan jejak alam sekitar bagi mencapai gaya hidup lestari tanpa mengabaikan keenakan rasa.

yumeat™ mengandungi sehingga 10 gram protein bagi setiap 100 gram hidangan, pada masa sama menyediakan tekstur dan rasa daging yang anda inginkan tanpa perlu bimbang tentang kandungan kolesterol. yumeat™ hanya merangkumi ramuan-ramuan bersih dengan protein tumbuhan yang datang daripada kacang soya bukan GMO, gandum, oat dan cendawan yang bebas hormon dan antibiotik. Paling utama, penghasilan dan kawalan kualiti yumeat™ dikendalikan oleh Ayam Brand™ yang menjanjikan produk bebas MSG dan bahan pengawet.

Zahirkan niat anda untuk mengurangkan jejak karbon dengan menggantikan pengambilan daging dan produk daging yang menghasilkan kadar karbon yang tinggi dengan yumeat™ yang bersifat lebih mesra alam, enak dan sihat. Boleh didapati dalam variasi Daging Lunceon Berasaskan Tumbuhan Klasik dan Pedas serta Daging Kisar Berasaskan Tumbuhan dengan Pes Kacang, ia boleh menjadi ramuan enak dalam pelbagai resipi serta bersesuaian dengan daya tahan kepedasan anda!

Berikan ganjaran bagi pilihan gaya hidup lestari anda dengan merebut peluang untuk memenangi hadiah bernilai RM100,000 termasuk 5 hadiah utama berupa jongkong emas 20g, 7 hadiah tempat kedua (jongkong emas 10g), 9 hadiah tempat ketiga (jongkong emas 5g), 40 hadiah saguhati (kredit T&G RM500) dan 180 hadiah mingguan (kredit T&G RM100).

Layari www.ayambrand.com.my/peraduanbonanza untuk mendapatkan maklumat lanjut. Anda hanya perlu membeli produk yumeat™ dan/atau Ayam Brand™ berjumlah RM20 dalam satu resit di kedai-kedai di Semenanjung Malaysia yang mengambil bahagian. Lebih banyak berbelanja melayakkan anda lebih banyak penyertaan.

yumeat™ telah menyediakan beberapa resipi mudah, enak dan pantas bagi membantu perjalanan kelestarian anda. Cubalah!

Wrap Tortilla Keju Berasaskan Tumbuhan

Wrap tortilla vegan adalah satu perubahan yang sesuai dijadikan sajian utama mahupun snek. Ini caranya. Panaskan minyak zaitun dalam  pan pada api sederhana. Tumis bawang dan bawang putih sehingga lembut dan keperangan. Tambah Daging Kisar Berasaskan Tumbuhan dengan Pes Kacang yumeat™  dan goreng sebelum diasingkan ke dalam mangkuk. Dalam pan yang sama, masukkan minyak zaitun. Pastikan api sederhana. Tambah Jagung Manis Ayam Brand™, tambah perasa dan ketepikan.

Buat satu potongan dari bahagian tepi ke tengah sekeping tortilla. Susun daun kubis dan tomato di sebelah kiri, jagung yang telah digoreng di sebelah kanan, Daging Kisar Berasaskan Tumbuhan dengan Pes Kacang di sebelah bawah kiri dan keju vegan atau keju biasa di bahagian bawah kanan. Lipat wrap tersebut untuk membentuk satu poket.

Perangkan tortilla yang telah dilipat di atas pan yang telah disapu minyak, di atas api sederhana, selama 3 minit di setiap belah.

Hidangkan tortilla yang telah tersedia dengan menghiasnya dengan lebih banyak sayuran. Rasai keenakannya!

Tempoh penyediaan: 10 minit, masa masakan: 10 minit, saiz hidangan: 1 orang.

Pai Easy Peasy Berasaskan Tumbuhan

Pai savuri berasaskan tumbuhan yumeat™ adalah seperti pai Sheperd klasik dan merupakan satu hidangan yang mengenyangkan.

Panaskan oven pada suhu 180 darjah Celsius. Campur Daging Lunceon Berasaskan Tumbuhan Pedas yumeat™ yang telah dipotong dadu dan Daging Kisar Berasaskan Tumbuhan dengan Pes Kacang yumeat™ bersama air, lobak merah dipotong dadu dan cendawan. Masak selama 10 minit sehingga semuanya bercampur sekata. Ketepikan.

Lenyek ubi yang telah direbus bersama daun pasli dan keju vegan atau cheddar, tambah garam dan lada hitam secukup rasa. Ketepikan.

Ambil campuran daging berasaskan tumbuhan yang disediakan tadi dan masukkan ke dalam kerak pai yang tersedia, kemudian letakkan campuran ubi bersama hirisan cendawan di bahagian atas. Bakar selama 10 minit pada suhu 180 darjah Celsius.

Tempoh penyediaan: 10 minit, masa memasak:  40 minit, saiz hidangan: 4 orang.

Makaroni Goreng Daging Berasaskan Tumbuhan

Merupakan hidangan enak yang boleh disediakan dalam hanya beberapa minit dengan menggunakan dua ramuan utama iaitu daging berasaskan tumbuhan dan makaroni.

Sediakan pasta sehingga al dente, biarkan di tepi. Tumis bawang putih sehingga naik bau. Tambah Daging Lunceon Berasaskan Tumbuhan Pedas yumeat™ yang telah dipotong dadu bersama lobak merah dan lada benggala, kepingan cili serta daun pasli. Masak selama 3 hingga 4 minit sebelum memasukkan makaroni yang telah dimasak. Tambah perasa secukup rasa dan hidang.

Tempoh penyediaan: 10 minit, masa memasak: 20 minit, saiz hidangan: 4 orang.

yumeat™ boleh didapati dalam pilihan Daging Lunceon Berasaskan Tumbuhan Klasik dan Daging Lunceon Berasaskan Tumbuhan Pedas pada harga RM12.90 untuk tin 360g; dan Daging Kisar Berasaskan Tumbuhan dengan Pes Kacang pada harga RM6.25 untuk tin 195g.

Produk yumeat™ boleh didapati dengan meluas di rangkaian Aeon, Aeon Big, Giant, Jaya Grocer, MYDIN, Hero, 99 Speedmart, Village Grocer, Bens, atau dengan melayari Ayam Brand Official di Shopee and Lazada.

Ikuti https://www.facebook.com/yumeat.malaysia  atau https://www.instagram.com/yumeat.malaysia/ untuk mengetahui maklumat lanjut, resipi atau promosi-promosi menarik yang disediakan.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading