_D8X2804

Kuala Lumpur – Bersempena dengan Hari Kesihatan Mental Sedunia yang disambut pada 10 Oktober, pusat membeli-belah Suria KLCC menganjurkan kempen kesihatan mental selama 10 hari bermula dari 6 sehingga 15 Oktober.

Kempen kesihatan mental ini bertemakan penjagaan diri atau ‘self care’ dengan slogan ‘Your Mind, Your Journey’ yang menitikberatkan tentang penjagaan emosi, fizikal dan mental secara keseluruhan.

Dalam kempen ini yang dilakukan di Centre Court Suria KLCC, terdapat pelbagai aktiviti yang dianjurkan termasuklah urutan tangan secara percuma oleh pihak The Body Shop.

Lebih menarik lagi, kempen ini menyediakan ruangan yang dipanggil ‘Safe Space’ meliputi tiga zon berlainan dengan warna yang ‘vibrant’ iaitu:

  • Fizikal dan Kerohanian
  • Emosi dan Mental
  • Sosial dan Santai

Seiring dengan tema Federasi Sedunia untuk Kesihatan Mental “Mental Health is a Universal Human Right”, kempen kesihatan mental tahun ini berpaksikan tema penjagaan diri. Slogan ‘Your Mind, Your Journey’, dilihat menitikberatkan aspek penting dalam penjagaan emosi, fizikal dan kesihatan mental secara menyeluruh.

Pelbagai aktiviti menarik dan interaktif akan diadakan melalui kerjasama rakan kongsi Suria KLCC yang akan diadakan di arena “Centre Court” yang juga berperanan sebagai hub untuk kempen kali ini.

Bagi menjayakan kempen ini, Suria KLCC masih mengekalkan tradisi dengan meneruskan usaha murni ini bersama badan NGO seperti Green Ribbon Group, Malaysian Mental Health Association, Befrienders KL, Mental Illness Awareness Support Association dan juga pelantikan terbaru iaitu Nyawa Organisation.

Hasil jualan ‘Suria Ribbon Pin’ juga dikekalkan sebagai sebagai objektif utama untuk pengumpulandana dan kesemua hasil akan disumbangkan sepenuhnya bagi menjana kejayaan kempen ini. Pin tersebut boleh didapati di kaunter pertanyaan dengan harga RM10.

Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC, Andrew Brien berkata, “Kempen ini diadakan berbekalkan komitmen yang jitu dalam memperkukuhkan kesedaran kesihatan fizikal dan emosi, malah kesejahteraan sosial yang menyeluruh di dalam komuniti ini.

Kempen ‘Your Mind, Your Journey’ adalah titik permulaan untuk menyingkap penjagaan dan kesedaran diri. 

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading