SERI KEMBANGAN – Jenama kasut dan gaya hidup, LARRIE meraikan tiga pemenang utama Peraduan Travel with LARRIE Spend & Win 2026 menerusi majlis penyampaian hadiah yang berlangsung di ibu pejabat syarikat itu di Bukit Serdang, baru-baru ini.
Majlis berkenaan turut dihadiri barisan pengurusan LARRIE, para pemenang serta wakil media sebagai tanda penghargaan kepada semua pelanggan yang telah menyertai kempen tersebut.

Berlangsung dari Julai hingga September 2026, peraduan itu dianjurkan bagi memberikan peluang kepada pelanggan memenangi pelbagai hadiah menarik, termasuk pakej percutian ke destinasi pelancongan popular di Malaysia.
Sebagai rakan strategik Tahun Melawat Malaysia 2026, LARRIE turut mengambil peluang menerusi kempen berkenaan untuk mengetengahkan keindahan alam semula jadi, kepelbagaian budaya serta tarikan pelancongan tempatan.
Menerusi cabutan peraduan tersebut, Nurlina binti Awang muncul pemenang tempat pertama dan membawa pulang pakej The Ultimate Borneo Wildlife Adventure bernilai RM15,000 selain baucar produk LARRIE bernilai RM1,000.

Tempat kedua pula dimenangi Muhammad Azizi bin Arif yang menerima pakej The Lost World of Sarawak bernilai RM10,000 berserta baucar produk LARRIE bernilai RM800.
Sementara itu, Low Pork Nee menduduki tempat ketiga dengan membawa pulang pakej percutian Mutiara Taman Negara, Pahang bernilai RM5,000 serta baucar produk LARRIE bernilai RM500.
Ketiga-tiga pakej percutian itu menawarkan pengalaman berbeza kepada pemenang, bermula daripada menerokai keunikan hidupan liar di Borneo, menikmati keindahan alam semula jadi Sarawak sehinggalah menghayati kehijauan hutan hujan tropika di Taman Negara, Pahang.
Menurut LARRIE, penganjuran kempen itu mencerminkan komitmen jenama berkenaan untuk memberikan pengalaman lebih bermakna kepada pelanggan, melangkaui penawaran produk kasut dan gaya hidup.

Kerjasama bersama Visit Malaysia 2026 juga diharap dapat menyemarakkan minat orang ramai untuk menerokai destinasi tempatan serta menghargai keunikan warisan, budaya dan keindahan Malaysia.
LARRIE turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua pemenang serta penghargaan kepada pelanggan yang telah memberikan sokongan dan menyertai Peraduan Travel with LARRIE Spend & Win 2026.
Kempen itu sekali gus menjadi platform untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia mengenali dan menerokai keistimewaan destinasi pelancongan tempatan.
