MTXX_PT20231018_061336008

Samsung meraikan peminat setia Samsung dengan peranti Fan Edition  bagi tahun 2023 dan ianya kini tampil dengan pakej serba lengkap dibawah siri Galaxy FE.

Samsung Galaxy FE Series nampaknya akan dilancarkan secara tahunan bermula tahun ini dan kita disajikan dengan empat peranti iaitu Galaxy S23 FE, Galaxy Tab S9 FE, Galaxy Tab S9+ FE dan Galaxy Buds FE.

Samsung Galaxy S23 FE telah dilancarkan pada awal bulan ini dan ianya kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 2,999 sahaja dan ini adalah pandangan pertama kami tentang Samsung Galaxy S23 FE.

Agak mengejutkan kerana mereka telah melangkau versi FE pada Galaxy S22 sehingga ramai berpendapat ia mungkin ditamatkan atas sebab tertentu.

Kotak nipis hitam untuk Samsung Galaxy S23 FE memuatkan sebuah peranti, satu kabel dan pin. Seperti biasa, Samsung tidak membekalkan plug pengecas namun ini bukan satu masalah bagi pencinta gajet jenama ini.

Ibarat jatuh cinta pandang pertama, Ini reaksi kami setelah unboxing.

Rekaan Premium Seiras Galaxy S23

Samsung Galaxy S23 FE menampilkan rekaan yang hampir sama seperti Galaxy S23 dan Galaxy S23+ dan ianya tampil dengan penggunaan aluminium namun ianya bukanlah teknologi Armor Aluminium yang sudah pastinya lebih kukuh dan ianya turut disertakan dengan lapisan gelas keselamatan Corning Gorilla Glass 5 pada bahagian hadapan dan belakang. Ianya juga membawakan penarafan kalis air dan habuk IP68.

Samsung Galaxy S23 FE ditawarkan didalam 4 warna menarik iaitu Mint, Graphite, Green dan Cream namun hanya dua warna akan ditawarkan jika anda memilih untuk membeli versi 128GB iaitu Graphite dan Mint sahaja.

Boleh dikatakan amat sesuai dijadikan alternatif yang menarik untuk Galaxy S23 dan Galaxy S23 Plus.

Skrin Ergonomik

Menggunakan skrin sepenuhnya rata dan sisi yang membulat, peranti ini menampilkan binaan ergonomik yang mana memberi keselesaan dan mudah dikendali.

Ia juga sesuai sahaja digunakan dengan sebelah tangan tanpa masalah. Pada masa sama Samsung turut menitikberatkan elemen tubuh peranti ringan yang mudah dibawa kemana-mana. 

Samsung Galaxy S23 FE menampilkan penggunaan skrin paparan flat Dynamic AMOLED 2X yang juga membawakan kadar segar semula 120Hz. Ianya memiliki resolusi FHD+ dan panel AMOLED Samsung sememangnya terbukti sebagai panel terbaik dipasaran.

Keunggulan Kamera Berkualiti

Samsung Galaxy S23 FE dilengkapi sensor utama 50MP yang mampu memberikan anda pengalaman pengeimejan yang setaraf peranti flagship Galaxy S23 Series. Bersama sensor utama, terdapat juga sensor ultrawide 12MP dan sensor telefoto 8MP yang turut mempunyai kebolehan zoom 3x.

Galaxy S23 FE dijana bateri 4500mAh dengan sokongan pengecacsan 25W. Ia turut menyokong pengecasan nirwayar. 

Di Malaysia, Galaxy S23 FE versi 128GB ditawarkan pada harga RM2999, sementara model Galaxy S23 FE 256GB pula berharga RM3299.

Ada banyak lagi kehebatan Samsung Galaxy S23 FE ini. Yang pasti, nantikan Reviu Penuh pada artikel 23 Oktober Ini!

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading