maxresdefault (4)

KUALA LUMPUR – Bukan sekadar mengejar spesifikasi tinggi, HONOR X9e Pro tampil dengan pendekatan berbeza apabila memberi tumpuan kepada dua perkara yang semakin penting bagi pengguna telefon pintar iaitu ketahanan bateri dan ketahanan fizikal.

Model terbaharu siri X itu akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 24 September ini, dengan HONOR mengetengahkan bateri berkapasiti 11,000mAh sebagai antara ciri utamanya.

Menurut data ujian makmal yang dikemukakan HONOR, kapasiti tersebut membolehkan X9e Pro memainkan video secara berterusan sehingga 66.8 jam, muzik selama 164.5 jam dan video pendek sehingga 35.6 jam.

Telefon berkenaan turut menyokong pengecasan berwayar 80W serta pengecasan songsang 27W, membolehkan baterinya digunakan untuk mengecas peranti lain seperti fon telinga dan telefon pintar.

Menariknya, HONOR turut memberi perhatian kepada ketahanan fizikal peranti.

X9e Pro menggunakan reka bentuk yang diinspirasikan daripada struktur perlindungan hentaman kereta lumba, manakala sistem pelekat penuh antara skrin dan rangka telefon direka untuk membantu menyerap serta mengagihkan daya hentaman.

Dalam satu demonstrasi bersama media, skrin telefon berkenaan turut diuji menggunakan peluru getah daripada pistol udara dan kekal berfungsi selepas beberapa tembakan. HONOR juga mendakwa model itu menyokong ujian jatuh pada 10 jenis permukaan dan lapan sudut badan telefon.

Tidak takut air

Dari aspek perlindungan terhadap air dan habuk, X9e Pro hadir dengan tiga pensijilan iaitu IP68, IP69 dan IP69K.

HONOR mendakwa telefon berkenaan mampu menahan rendaman sehingga kedalaman 10 meter serta sehingga 100,000 kitaran kemasukan air. Ia turut melalui ujian semburan garam selama 24 jam, ciri yang disasarkan untuk penggunaan dalam persekitaran lembap atau berhampiran kawasan pantai.

Satu lagi ciri yang diberi perhatian ialah paparan dengan kecerahan puncak sehingga 10,000 nits, yang direka bagi meningkatkan keterlihatan skrin ketika digunakan di bawah cahaya matahari terang.

Dengan kapasiti bateri besar, perlindungan fizikal dan ketahanan air yang lebih tinggi, HONOR X9e Pro dilihat cuba mengubah fokus telefon kelas pertengahan daripada sekadar prestasi kepada ketahanan untuk penggunaan jangka panjang.

HONOR X9e Pro akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 24 September 2026, dengan maklumat lanjut mengenai harga dan ketersediaan dijangka diumumkan pada acara pelancaran.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading