MTXX_PT20231023_205227892

Seperti yang dijanjikan dalam posting kami sebelum ini di Reaksi Pertama Samsung Galaxy S23 FE , kami ada menulis tentang kehebatan peranti ini.

Ok jom kita selam lebih dalam apa yang menarik dan kehebatan Samsung Galaxy S23 FE ini.

Pasti korang tak sabar nak grab sebiji sebab memang berbaloi-baloi.

Galaxy S23 FE muncul sebagai puncak pencapaian dalam evolusi peranti Samsung. Dengan ciri-ciri yang mendapat sambutan hangat oleh peminat Samsung, peranti ini memberikan pengalaman yang luar biasa dan memenuhi keperluan harian anda.

Dengan mudah menggabungkan ciri yang paling disukai oleh peminat samsung, edisi Epik Galaxy S23 FE menandakan sebagai permulaan yang ideal untuk mereka yang menceburi peranti Galaxy. Dengan reka bentuk ikoniknya, kamera gred profesional dan prestasi yang menggerunkan, peranti ini meningkatkan aspek biasa dalam kehidupan harian anda.

Jika anda sukakan telefon andalan Galaxy S23, anda tentu akan suka Galaxy S23 FE.

Berikut ialah apa yang diterima dengan setiap pembelian peranti Galaxy S23 FE di Malaysia.

  • 1x Samsung Galaxy S23 FE.
  • 1x Kabel pengecas USB-A ke USB-C
  • 1x Manual Pengguna.
  • 1x Pin SIM

Rekabentuk Sofistikated

Cantik dan elegan, dua perkataan ini hadir dalam pemikiran saya yang sejujurnya terpegun dengan keindahan pada peranti baharu Samsung ini. Menatap dengan lebih dekat elemen digunakan sudah cukup menjentik rasa untuk terus meninjau mendalam peranti ini.

Samsung Galaxy S23 FE mewarisi rekaan ikonik Galaxy S Series dengan reka bentuk modul kamera yang dikenali sebagai floating camera dan model tahun ini juga menyaksikan Samsung menggunakan rangka aluminium dan gelas berbanding rangka aluminium dan panel plastik seperti pada model Galaxy FE sebelum ini.

Panel belakang Galaxy S23 FE diperbuat daripada gelas yang turut dilapisi gelas keselamatan Gorilla Glass 5 yang dilihat mampu melindungi panel belakang anda daripada calar dan retakan apabila terjatuh. Galaxy S23 FE ditawarkan didalam 4 warna iaitu Graphite,Purple, Cream dan Mint seperti unit ulasan kami namun kemasan berkilat ini akan menyebabkan kesan capjari kelihatan dan pembersihan secara berkala adalah wajib.

Sekali imbas pasti ada yang beranggapan ia sama sahaja dengan peranti siri Galaxy S23 sebelum ini. Hakikatnya masih ada perubahan dibuat bagi tujuan potongan kos pembuatan tetapi masih kekal eksklusif. Menggunakan skrin sepenuhnya rata dan sisi yang membulat, peranti ini menampilkan binaan ergonomik yang mana memberi keselesaan dan mudah dikendali.

Samsung Galaxy S23 FE menyaksikan penggunaan paparan yang flat yang lebih menjadi pilihan berbanding paparan curved pada sisi dan panel skrin Dynamic AMOLED 2x ini turut dilapisi gelas keselamatan Gorilla Glass 5. 

Kedudukan butang pada telefon pintar ini adalah seperti kebanyakkan telefon pintar Samsung Galaxy yang lain iaitu butang kuasa dan butang kelantangan bunyi pada sisi kanan. Pada bahagian bawah pula terdapat slot USB-C dan gril pembesar suara stereo dan dua lubang mikrofon. Slot SIM kini diletakkan pada bahagian sisi atas bersama satu lagi mikrofon.

Dalam pada itu, ukuran dimensi Galaxy S23 FE ini adalah 158.0 x 76.5 x 8.2mm dengan berat 209gram.

Secara keseluruhan, kami berpendapat bahawa rekaan Galaxy S23 FE ini adalah sangat sama seperti Galaxy S23 dan Galaxy S23+ dan ianya adalah sesuatu yang jauh lebih baik apabila dibandingkan dengan generasi Galaxy S FE sebelum ini.

Spesifikasi Mantap

Samsung Galaxy S23 FE dikuasakan dengan cip Exynos 2200 yang merupakan sebuah cipset kelas flagship yang pertama kali digunakan pada Galaxy S22 Series. Menariknya  Galaxy S23 FE juga merupakan telefon pintar pertama Samsung di Malaysia untuk menggunakan cipset Exynos 2200 ini.

Kemampuan cipset Exynos 2200 adalah sesuatu yang sering menjadi topik hangat sejak pelancaran Galaxy S23 FE kerana ianya mempunyai isu pemanasan dan kecekapan tenaga pada Galaxy S22 Series.

Walaubagaimanapun, Samsung telah membaiki semua kelemahan ini pada Galaxy S23 FE. Prestasi pada telefon ini adalah lancar dan ianya mengendalikan apa sahaja tugasan tanpa sebarang masalah . Operasi cipset ini pada tahap maksima juga dapat dikekalkan dengan penggunaan ruang wap yang lebih besar dan boleh mengekalkan kadar bingkai yang lebih tinggi untuk lebih lama ketika permainan video.

Seterusnya, Galaxy S23 juga memiliki GPU Xclipse yang sama seperti Galaxy S22 yang berdasarkan binaan RDNA 2 AMD yang menyokong ciri Ray tracing.

Perisian Terbaik

Bercakap mengenai perkakasan dalaman, Galaxy S23 FE di Malaysia dikuasakan oleh cip Exynos 2200, sekaligus menjadikan hanya peranti di Amerika Syarikat sahaja yang menggunakan Snapdragon 8 Gen 1.

Exynos 2200 merupakan cip berteknologi 4nm berasaskan binaan lapan teras yang terdiri dengan satu teras Cortex-X2, tiga teras Cortex-A710 dan empat teras Cortex-A510. Tumpuan diberikan pada GPU Xclipse berasaskan teknologi AMD RDNA 2, yang juga dilengkapi NPU dengan perincian tinggi FP16.

Memori 8GB RAM dan storan dengan pilihan sehingga 256Gb diberikan tanpa kebolehan ruang tambahan menerusi kad mikroSD. Namun storan tadi masih boleh ditambah secara maya sehingga 8GB menerusi ciri RAM Plus. Ini bermakna pengguna boleh mendapatkan sehingga 16GB RAM secara keseluruhannya untuk penggunaan lebih lancar.

Sistem operasi OneUI 5.1 berasaskan Android 13 digunakan pada peranti. Ini bermakna kesemua ciri dan fungsi terbina ditawarkan adalah mirip dengan peranti Galaxy S23 memandangkan perisian adalah sama. Ini bermakna jaminan kemas kini sehingga empat versi Android dan tampalan sekuriti selama lima tahun turut boleh ditawarkan pada peranti.

Kuasa Kamera Lebih PADU

Samsung Galaxy S23 FE menampilkan tiga modul kamera dibelakang yang terdiri daripada sensor utama 50MP, sensor telefoto 8MP yang menawarkan 3x zoom optikal dan sensor ultrawide 12MP. Sensor utama adalah satu-satunya sensor yang telah ditukar apabila dibandingkan dengan generasi sebelum ini dan ini memberikan pengguna satu pakej kamera yang lebih baik.

Kemampuan video pula boleh dirakam maksimum sehingga UHD 8K/24FPS, yang juga memuatkan sistem penstabilan terbina yang terhad boleh digunakan pada resolusi video 4K.

Kamera juga menyokong AI dan HDR terbina bagi membolehkan gambar diambil dengan imbangan cahaya yang baik. Pelbagai mod kamera terbina turut ditawarkan yang terdiri dengan Aperture, Potrait, Photo, Video, Pro dan More. Kamera swafoto 10MP tanpa autofokus yang disertakan juga lebih kecil berbanding 12MP pada peranti Galaxy S23 sebelum ini.

Gambar makro
Gambar Panorama
Gambar Nightography
Gambar zoom maksimum

Keupayaan Bateri

Bateri dan sistem pengecasan pula tidak berubah. Melaluinya Samsung masih menggunakan bateri 4,500mAh yang menyokong pengecasan berwayar 25W pada peranti. Namun masih boleh dianggap memadai untuk kegunaan sepanjang hari memandangkan ketahanan bateri sesebuah peranti amatlah bergantung pada cara penggunaan.

Misalnya penggunaan kerap yang juga melibatkan sokongan skrin 120Hz sepanjang masa sudah semestinya mengakibatkan kehabisan bateri lebih cepat. Namun jika sebaliknya dirasakan tiada masalah untuk bertahan sehari suntuk. Proses pengecasan semula pula boleh dibuat menggunakan sambungan USB-C. Peranti juga menyokong pengecasan nirwayar yang dilihat memberi nilai tambah lain.

Kesimpulan

Secara peribadi kami berpendapat kemunculan semula versi FE pada tahun ini sekadar memadai dan bukanlah tidak menarik langsung. Banyak hal yang tidak berubah tetapi masih baik-baik sahaja. Pengguna juga seharusnya tidak meletakkan harapan yang tinggi memandangkan ia cuma peranti alternatif dengan harga lebih rendah.

Walaupun pasti ada kesangsian mengenai cipset Exynos 2200 yang dilihat mempunyai isu pada Galaxy S22 Series, Samsung telah melakukan optimasi dan pengurusan terma yang lebih efektif untuk memastikan pretasi telefon pintar ini adalah konsisten.

Jika anda merupakan seorang peminat Samsung yang mencari telefon pintar flagship pada harga lebih bajet, Galaxy S23 FE merupakan satu pilihan yang terbaik bagi anda.

Kelebihan
  • Rekaan praktikal dan seimbang.
  • Skrin AMOLED dengan kadar segar semula tinggi.
  • Sokongan Android empat versi dan sekuriti lima tahun.
  • Kalis air IP68.
Kekurangan
  • Tiada bicu audio.
  • Tiada slot kad mikro SD.
  • Pengecas tidak disertakan dan tidak sepantas pesaing.

Samsung Galaxy S23 FE kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM2,999 untuk (8GB/128GB) dan meningkat kepada RM3,299 untuk 8GB/256GB.

Contoh-contoh gambar yang diambil dengan Samsung Galaxy S23 FE:

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading