MTXX_PT20231024_101919182

Kami menerima lagi sebuah peranti terbaru Honor iaitu Honor X9b 5G yang dikatakan sebuah gajet terbaik bagi tahun 2023.

Kenapa ia dikatakan terbaik? Ini kerana ia sebuah peranti paling tahan lasak sehingga mampu mematahkan sehingga 6 lapis papan tekwando berketebalan 280x200mm.

Hebat kan?

Bukan itu sahaja, Honor X9b 5G ini juga mampu menahan tujahan peluru paintball berkali-kali tanpa sebarang kerosakan. Memang terbaik untuk kegunaan harian yang sentiasa sibuk tanpa perlu risau peranti terjatuh diatas simen yang kukuh.

Jom kita Unboxing apa yang ada didalam kotak Honor X9b 5G ini:

  1. Telefon pintar Honor X9b
  2. Charger
  3. Kabel cas
  4. Casing
  5. Pin

Pertama sekali memegang Honor X9b 5G ini kami merasa teruja melihat reka bentuknya yang sangat praktikal dan ringan.

Sesuai dengan namanya Honor X9b dan ‘b’ pada model ini melambangkan “beyond tough (jauh lebih kukuh)”, memberikan petunjuk bahawa X9b bakal menjadi juara terunggul dari segi ketahanan dengan rekaan All-Angle Ultra Tough.

Ketahanan Luar Biasa

Honor X9b juga akan memiliki paparan Ultra-Bounce Anti-Drop yang menampilkan rekaan kukuh secara keseluruhanya dan ianya juga mempunyai bahan penyerapan hentakan sehingga 1.2 kali dan ianya juga merupakan telefon pintar pertama didunia untuk menerima pensijilan 5-star all-angle drop resistance daripada SGS Switzerland.

HONOR X9b mempunyai kekukuhan peranti 360° dengan paparan anti-jatuh melantun ultra iaitu perlindungan ultra tiga lapisan serba baharu bagi melindungi paparan hadapan dan belakang. Perlindungannya termasuk balutan kusyen keliling yang mampu menyerap sehingga 1.2 kali impak jatuhan, dibina untuk tahan lama daripada segi luar dan dalam.

Ia juga menggunakan bahan inventif yang membentuk struktur penyerap kejutan 360 darjah di sekeliling telefon menjadikan HONOR X9b boleh tahan jatuh sehingga ketinggian 1.5 meter dan meningkatkan kekuatan skrin sebanyak tiga kali ganda berbanding pesaingnya.

Reka Bentuk dan Kuasa Kamera Padu

Honor X9b tampil dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.78-inci bersama kadar segar semula 120Hz dan resolusi FHD+.

Selain itu, Honor X9b juga dikuasakan cip Snapdragon 6 Gen 1, 12GB RAM, 256GB storan dalaman dan MagicOS 7.2 yang berasaskan Android 13.

Seterusnya, Honor X9b disertakan dengan sistem kamera utama 108MP, sensor ultrawide 5MP dan sensor makro 2MP. Kamera selfie adalah sensor 16MP.

Dalam pada itu, telefon pintar Honor ini juga memiliki bateri 5,800mAh dengan pengecasan pantas 35W.

Nak tahu REVIU HONOR X9B dengan lebih lanjut?

Nantikan Reviu kami yang lebih terperinci pada 1 Nov ini. Jangan lupa!

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading