MTXX_PT20231109_103354834

Pernahkah anda dengar tentang Richiamo Coffee?

Mungkin ia tidaklah sepopular Starbucks atau The Coffee Bean, namun bagi yang pernah mencubanya tentu tahu dan terpikat dengan menu di Richiamo Coffee!

Menawarkan pelbagai menu kopi panas dan sejuk serta ice blended, Richiamo Coffee tampil setanding dengan kopi-kopi ‘kayangan’, namun menawarkan harga yang lebih murah dan mampu dibeli oleh setiap peringkat.

Disini juga ada banyak pilihan kek, pastri dan makanan lokal yang boleh anda cuba.

Richiamo Coffee adalah milik sepenuhnya anak tempatan dan kini sudah memiliki lebih 42 cawangan di seluruh negara.

Di sini harga minuman termasuk kopi, teh, atau coklat boleh didapati serendah RM4.00 (panas) dan RM8.90 (sejuk) dengan kualiti yang premium. Murah kan?

Bagi yang teruja nak cuba dan nak tahu menu-menu menarik yang boleh anda order di Richiamo Coffee. Team Malaysianews TV juga berpeluang makan tengahari di kafe Richiamo Coffee cawangan UTMKL dan jujurnya kami sangat berpuas hati.

Set makanan lokal disediakan dari mula kedai dibuka iaitu pukul 10 pagi hingga 10 malam. Selain itu, kita ada pasta, carbonara, bolognes. Harga memang mampu dibeli berbanding jenama antarabangsa, kerana harga yang ditawarkan 45 ke 50 peratus lebih rendah tapi kualitinya sangat premium.

Richiamo Coffee menggunakan kopi Arabica yang diimport dari Brazil, Guetamala, Colombia dan Indonesia. In sudah tentu membangkitkan aroma kopi premium yang pasti membuatkan kita tidak sabar untuk menghirupnya dikala santai.

Kami berpeluang menikmati hidangan lengkap di kafe Richiamo Coffee di waktu petang. Bayangkan melangkah masuk ke kafe sahaja kami sudah dihidangkan dengan bauan kopi yang sangat menyegarkan. Berkongsi fakta, bau dan aroma kopi mampu menghilangkan 75% kepenatan badan dan mengurangkan stress.

Memang langkah kanan untuk kami ke Richiamo Coffee selepas penat seharian menjalankan tugasan berita diluar.

Team Malaysianews TV memilih sajian kopi cappucino dan salted caramel cappucino. Menghirup kopi panas ini benar-benar menyegarkan ditambah cuaca hujan lebat ketika kami sampai.

Untuk makanan pula, kami disajikan masakan melayu panas yang sungguh menyelerakan iaitu nasi putih ikan patin tempoyak dan set daging asam pedas. Kami berikan markah penuh untuk dua sajian yang dipilih ini kerana ternyata memang sedap.

Hidangan yang sampai dimeja dalam keadaan panas dan apabila dimakan memang kami tidak menoleh kiri dan kanan. Lauk ikan patin tempoyak ditambah daging asam pedas memang satu kombinasi pilihan yang tepat. Rasa kuah tempoyaknya cukup pekat dengan isi ikan segar yang lembut. Bagi daging asam pedas pula, sememangnya harus dipuji kerana rasa yang lengkap dengan masam pedasnya membuatkan kami rasa amat puas hati.

Untuk set pemanis mulut pula, kami memilih roti croissant salted egg yolk dan chocolate danish. Rotinya yang lembut dan lemak dimakan bersama cappucino panas memang terbaik. Kami boleh jamin, pelanggan kafe ini pasti berpuas hati mengisi perut disini.

Kami sarankan untuk anda ke Richiamo Coffee dan cuba kesemua menu yang ada. Pasti tak menyesal dan kami katakan yang anda pasti datang lagi.

Jom kita sokong kopi dan makanan lokal!

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading