FB_IMG_1699739994578

Petaling Jaya – Bekas wartawan juga penerbit rancangan hiburan terkenal, Terjah, Nas Ahmad berdepan dengan ujian berat apabila disahkan menghidapi penyakit jantung baru-baru ini.

Melalui perkongsiannya didalam laman facebook, Mohd Nasir Ahmad atau lebih dikenali Nas Ahmad atau Nas Terjah mengakui kesihatannya agak merosot akhir-akhir ini apabila penglihatannya semakin kabur dan mudah mengah ketika berjalan.

Persatuan Karyawan Malaysia baru-baru ini sempat menyantuni Nas Ahmad di kediamannya di Petaling Jaya.

Presidennya, Datuk Freddie Fernandez berkata, selaku wartawan Nas berjasa kerana banyak memaparkan kesusahan artis.

“Siapa sahaja tak kenal Nas Ahmad, kami sentiasa ingat bagaimana prihatinnya dia terhadap industri ini.

“Dia banyak membantu menaikkan nama Persatuan juga, kini inilah masa kami mengenang jasa itu,” katanya yang turut memberikan sumbangan untuk meringankan beban.

Turut hadir, Naib Presiden Persatuan, Radhi khalid, Rozita Rohaizad dan Haji Kamal.

Sementara itu, Nas Ahmad yang menghidapi masalah satu saluran di jantung yang tersumbat, beliau kini menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan sten.

Tempoh menunggu yang agak lama menyebabkan beliau mengalami masalah kaki bengkak hingga susah solat.

Setiap minggu pula, Nas berulang alik ke Hospital Serdang dan Sungai Buloh.

“Saya tidak mempunyai insuran, tak ada pekerjaan… tak mampu untuk buat rawatan di hospital swasta. Saya sedang menunggu giliran di hospital kerajaan. tak saya sangat faham pesakit ramai, dan hospital ketika ini penuh.

Jadi bila tarikh saya akan jalani pembedahan itu, doktor sendiri belum berani nak janjikan bila… cuma bila doktor pesan kalau tak tahan terus ke kecemasan segera,” tambahnya.

Nas Ahmad kini dibantu Pusat Zakat Selangor untuk bayaran rumah bernilai RM800. Selain itu, bergantung kepada pendapatan anak-anak sahaja.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading