Screenshot 2023-11-11 at 11.20.22 AM

Kuala Lumpur – Bayangkan sebuah dunia di mana kesejahteraan peribadi berkait rapat dengan tanggungjawab ekologi. Setiap produk yang dihasilkan adalah campuran bahan-bahan berkualiti tinggi yang diperolehi secara mampan. Dilahirkan daripada intipati keseimbangan dan kehormatan alam sekitar, Omno, selaku jenama kesejahteraan dan kecantikan menjejakkan langkahnya ke pasaran Malaysia.

Omno bukanlah sekadar jenama, ia merupakan gaya hidup dan testimoni kepada gabungan yang indah antara kecantikan dan kelestarian dalam penjagaan diri. Buat Omno, terletaklah seleksi produk eksklusif tanpa bahan sulfat, paraben, dan silikon. Sebaliknya, bahan-bahan mampan yang memperakui pensijilan ECOcert, Nordic Swan ECOlabel dan COSMO kekal menjadi pilihan utama. Omno juga berbangga dengan pengambilan akarnya dari Asia Tenggara menggunakan formulasi yang dirangka secara teliti untuk memenuhi sifat unik iklim tropika kita.

Ini termasuklah pilihan produk yang pelbagai seperti pencuci rambut yang diinfuskan dengan protein kacang pea yang dihidrolisis, tidak lupa juga pencuci tangan dan badan yang dihasilkan daripada bahan-bahan mesra seperti tebu, minyak kelapa, ubi bit merah serta tumbuhan ekstrak yang diperakui sijil ECOcert untuk kesenangan kulit anda dan juga bumi ini.

Kini, jenama ini menampilkan tiga aroma tersendiri dalam himpunannya iaitu Solace, Moonatic dan Odyssey. Solace, yang mempunyai profil aroma yang segar dengan campuran sitrus dan halia, Moonatic, yang menggambungkan sage dan cypress manakala Odyssey merupakan kombinasi eksotik antara mawar dan rempah ratus.

Dipilih secara teliti untuk menangkap keaslian warisan Asia Tenggara dengan sentuhan moden, aroma-aroma ini mencerminkan kesegaran tropika dan landskap yang subur untuk kita semua. Ia lebih daripada penjagaan peribadi, aroma-aroma ini merupakan perjalanan di mana alam semula jadi dan pemuliharaan bergema dalam harmoni yang sempurna.

Komitmen Omno terhadap kemampanan melangkaui formulasi produknya; ia menjangkau kepada etos dalam mementingkan alam sekitar yang terkandung dalam pendekatan revolusi terhadap pembungkusan mereka. Diperbuat daripada 70% Resin Pasca Pengguna (PCR) dan 30% polietilena terephthalate (rPET) yang boleh dikitar semula, botol ini berpotensi untuk mengurangkan jejak ekologi jenama malahan melahirkan pengguna yang bijak.

Dengan memberi kehidupan baharu kepada plastik terguna serta menggalakkan aspek kitar semula, pembungkusan Omno memantulkan visinya dalam melahirkan masa depan di mana kecantikan dan tanggungjawab alam sekitar wujud secara harmoni. Setiap botol yang dipapar berperanan penting bagi mendidik setiap pengguna ke arah perjalanan transformatif dunia yang lebih hijau, prihatin sekali gus menyelaraskan tanggungjawab bersama dalam penjagaan alam sekitar. 

Debut besar Omno bermula pada jam 1.30 tengah hari yang merangkumi sesi perkongsian menarik serta aktiviti demonstrasi secara langsung. Keseluruhan majlis tersebut meraikan permulaan lembaran baharu yang menarik dalam landskap industri kesihatan dan kecantikan di Malaysia. Majlis itu juga ditambah keseronokkannya buat para tetamu yang berpeluang untuk menyertai aktiviti senaman ringkas dengan keberadaan Tribe Malaysia. 

Sejak bermulanya langkah mereka di pasaran Malaysia, sudah jelas bahawa Omno memberi ruang kemudahan kepada pihak Else Hotel dan Tribe Fitness. Sehubungan dengan itu, Omno juga ingin mengorak langkah mereka dalam membangunkan lebih banyak perkongsian strategik dengan pelbagai jenis perniagaan dan perusahaan untuk memberikan peluang kepada semua pihak berkepentingan dalam penjagaan diri yang lebih unggul.

Selain daripada produknya, Omno menawarkan naratif kesinambungan dan keaslian di mana mereka membayangkan sebuah dunia di mana kecantikan tiada batasnya, inovasi tiada hadnya, dan kelestarian bukan sekadar pilihan semata-mata malahan sebagai gaya hidup individu.

Pelanggan boleh mendaftar untuk buletin Omno di laman web mereka (https://omno.store/) dan menikmati diskaun alu-aluan sebanyak 10% untuk semua item tunggal di laman web. Omno juga menawarkan minyak wangi roller ball bersaiz penuh pada bulan ulang tahun anda. 

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading