Kuala Lumpur – Dua pelajar dari Asia Pacific Centre of Robotics Engineering (APCORE APU) iaitu Thasne Rames, 19 dan Low Yinn Ean, 17, mengunguli Pertandingan World of Robotics Championship 2023 (WRC 2023) itu menerusi kategori Soccerbot.
Kedua-dua remaja itu membawa pulang tiket penerbangan, pakej penginapan, piala kejuaraan dan sijil.
Sementara itu, Pengarah Bahagian Sukan, Ko-kurikulum dan Seni, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Zainuren Mohd Nor berkata, WRC 2023 bukan sekadar pertandingan robotik, sebaliknya ia platform inovasi, bukti potensi anak-anak Malaysia.
“Pertandingan WRC bakal menyemarakkan semangat generasi muda untuk mempelopori bidang sains, inovasi dan teknolohi akan ke arah masa depan yang lebih cerah dan celik teknologi,” katanya sewaktu merasmikan penutupan WRC 2023 di ibu negara pada Isnin.
Pertandingan World of Robotics Championship 2023 merupakan tahun kelima ia dianjurkan. Pertandingan anjuran bersama Kementerian Pendidikan Malaysia dan World of Robotics Sdn Bhd dengan kerjasama Asia Pacific University of Technology ini telah mula dianjurkan buat kali pertamanya pada tahun 2016. Pertandingan ini tepaksa ditunda pada tahun 2020 sehingga 2022 disebabkan pandemik dan kini ia kembali semula untuk memberi peluang kepada anak-anak muda tanahair untuk menunjukkan bakat masing-masing di samping menekankan kepentingan memupuk minat pelajar dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik (STEM).

Sejak tahun 2016, Kejohanan World of Robotics ini telah menjadi acara tahunan yang merupakan satu platform penting bagi pelajar dari seluruh Malaysia untuk mengaplikasikan kemahiran dan bakat mereka dalam dunia robotik yang dinamik. Pertandingan bukan sahaja untuk menyokong pembangunan minat dalam STEM tetapi juga untuk memupuk daya fikiran inovasi dan penyelesaian masalah dalam minda pelajar untuk masa depan.
WRC 2023 menampilkan enam kategori yang direka untuk menguji kebolehan peserta dalam pelbagai aspek robotik.
Jelasnya lagi, kategori tersebut adalah Rookie A, Rookie B, Modular A, Modular B, Modular C dan kategori Soccerbot yang menguji kemahiran dan kreativiti peserta.
Sebanyak 50 buah sekolah dengan penyertaan 220 pelajar menyertai pertandingan ini. Kepelbagaian di setiap kategori adalah untuk memastikan perbezaan tahap kepakaran dan pengalaman peserta dapat terlibat dalam persaingan yang sihat.

Sebagai salah satu inisiatif aspirasi global, pemenang kategori Soccerbot akan mewakili Malaysia dalam pertandingan antarabangsa yang dijadualkan untuk Beijing 2024. Mereka akan membawa harapan untuk mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.
Hadir sama dalam kejohanan itu ialah Pengarah Urusan World of Robotics Sdb Bhd, Lee Yew Kein dan Ketua Pegawai Eksekutif APIIT Education Group, Datuk Dr Parmjit Singh.
