Kuala Lumpur – Kembara Sufi Travel & Tours Sdn Bhd kini membuat satu kelainan dalam bidang pelancongan dengan mengadakan pelancongan disulam adab dan rohani.
Dalam meningkatkan dan memperkasa kembali industri pelancongan selepas pandemik covid, agensi ini tetap bertahan walaupun kerugian jutaan ringgit antaranya kos kerugian yang ditanggung melalui masalah penutupan hotel, pengurusan luar negara, penerbangan dan kos kenaikkan sara tambahan secara mendadak.
Dalam memastikan terus memberikan perkhidmatan terbaik, Kembara Sufi lebih bersungguh-sungguh untuk terus menjadi pilihan masyarakat dan disenarai sebagai agensi yang dipercayai.
Pengarah Urusan Kumpulan Kembara Sufi, Ustaz Al Fadzil Hidzir berkata terpaksa berhadapan kerugian yang begitu tinggi ditanggung demi memastikan Kembara Sufi mampu memberikan kepuasan kepada pelanggan dengan penerbangan secara berkala.
“Alhamdulillah sehingga hari ini boleh dikatakan lebih 95 peratus yang telah terbang bersama Kembara Sufi selebihnya disebabkan mereka membatalkan kerana sakit dan tiada keluangan masa untuk memilih tarikh yang ditetapkan oleh kami.
“Dengan izin Allah SWT, bila kita buat yang terbaik maka segalanya dipermudahkan dan dengan sambutan itu juga, jualan tahun selepas covid meningkat dengan angka yang diluar jangkaan” katanya.

Kembara Sufi kini memiliki jumlah pekerja dibawah pengurusan hampir 50 orang dan mempunyai pembantu mutawif atau tour guide kurang lebih 200 orang yang membawa setiap trip kembara sufi.
Jelasnya lagi, dengan bermotokan ” Pakej Muslim Termurah di Malaysia” , orang ramai boleh membandingkan pakej agensi ini dengan harga diluar dan kualiti yang ditawarkan.
Dengan kelebihan penjagaan solat dan makanan yang dititik beratkan oleh mutawif, kini Kembara Sufi telah mencatatkan hampir 15 ribu pelanggan yang telah mengikuti pakej dari Kembara Sufi.
Tambahnya, dengan strategi terbaru yang menawarkan pakej luar biasa dan pakej nilai tambah lain, kini menyasarkan lebih 20,000 orang akan mengunakan perkhidmatan agensi terbaik ini.
Pakej yang mendapat sambutan paling memberangsangkan adalah West Europe, Balkan, Timur Tengah, Scandi, New Zeland, Vietnam, Jepun, Turki dan banyak lagi.
Bagi tahun 2024, Kembara sufi akan meneroka bidang umrah kerana pemintaan yang terlalu ramai dan akan membuka pakej yang bermodul lain dari yang lain iaitu ” Umrah Jejak Rasul, Cinta Rasul “.
Selain pelancongan, Kembara Sufi juga giat dalam beberapa bidang lain antaranya; hartanah, pengilangan pemakanan, produk kesihatan, pengurusan acara, produksi TV dan beberapa perniagaan lain.
