Shah Alam – Stesen TV Al Hijrah menjadi pemangkin dalam menyahut Pelan Transformasi Al-Falah dengan melahirkan satu program baru bakal disiarkan di stesen TV AlHijrah bermula 1 Februari 2024 akan datang.
Bertumpu kepada Teras Kesejahteraan Insan, program PERCUMA JER diperkenalkan bagi memperkasa kemampanan ekonomi Islam disamping kebajikan sosial dan perpaduan ummah.
Program PERCUMA JER yang dijadual bersiaran setiap Isnin hingga Khamis pada jam 6-7 petang adalah hasil cetusan idea dua organisasi iaitu TV AlHijrah dan Pasak Sdn. Bhd.

Ketua Pegawai Operasi TV AlHijrah, Nadzariah Mohamed berkata, menerusi program tersebut penonton berpeluang untuk mengurangkan risiko ketidakadilan, penipuan, penindasan dalam aktiviti perekonomian jual beli.
Ini kerana, ujarnya, penonton program Percuma Jer berpeluang untuk menerima sampel barangan tersebut dahulu secara percuma, seterusnya membuat keputusan tepat untuk proses jual beli selanjutnya.

“Saya percaya, proses pemberian sampel barangan (seperti mana produk yang dijual) secara percuma ini membantu para pembeli untuk membuat pembelian bijak.
Ujarnya lagi, para penonton boleh mendapatkan barangan sampel percuma
di dalam rancangan PERCUMA JER hanya dengan mengikuti langkah-langkah mudah iaitu mereka perlu menonton rancangan ini yang akan disiarkan pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 6 petang hingga 7 malam. Seterusnya, mereka perlu memuat turun aplikasi AlHijrah Plus di Apple Apps Store atau Google Play Store.
Setelah itu, mereka perlu mengimbas kod QR untuk memiliki barangan sampel yang dikehendaki. Akhir sekali, pemilik produk akan menghantar barangan sampel t e r s e b u t menggunakan syarikat kurier nasional kepada para penonton.
Program terbaik yang menjanjikan kelainan ini memfokuskan pemasaran produk di kaca televisyen dengan konsep baharu.

Pengasas Pasak Sdn Bhd, Tuan Ku Addy Fazly Ku Radin berkata program terbaik ini menjanjikan kelainan memfokuskan pemasaran produk di kaca televisyen dengan konsep baharu sekali gus menjadi program pertama seumpamanya di Malaysia.
“Program ini adalah yang pertama di negara kita dalam memberikan demonstrasi, promosi serta yang paling utama adalah sampel barangan percuma kepada penonton.
“Pelbagai jenis seperti barangan makanan, produk kecantikan dan kesihatan, barangan teknologi maklumat (IT) dan pelbagai lagi barangan sampel lain ditawarkan kepada penonton,” jelasnya lagi.
Program Percuma Jer dihoskan Hanan Abdul Rahman, Ola Nordin dan Dewita Susila manakala program ini menawarkan lebih daripada 400 barangan sampel.
