Klang – Inisiatif “Setitik Darah Beribu Harapan” yang dianjurkan oleh Yayasan Masyarakat Lestari Malaysia (YMLM) Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) dan dan International Financial Consultant Certified Institute (IFCCI) telah berjaya menarik penyertaan ramai dengan mengumpulkan sebanyak 111 beg darah dalam acara jualan amal pertama tahun 2024.
Kempen derma darah yang berlangsung selama dua hari pada 5 hingga 7 Januari di Aeon Mall Bukit Raja, Klang, melibatkan penyertaan 40 syarikat yang turut memberikan sokongan kepada rumah kebajikan Love Association Klang Selangor.
Selain itu, Yayasan Masyarakat Lestari Malaysia turut menandatangani memorandum persefahaman dengan International Home Furnishing Chamber of Commerce, Koperasi Cantiksama Berhad, International Financial Consultant Certified Institute (IFCCI), dan Malaysia Entrepreneur Development Institute (MEDI) dengan harapan kerjasama ini dapat memberi sumbangan kepada masyarakat pada masa hadapan.
YDP MTPN Johor merangkap Timbalan Seiausaha Agung MTPN, Tuan Noorman Bin Kamsani menyatakan bahawa aktiviti derma darah bukan sahaja menyediakan bekalan darah, malah menyampaikan semangat kasih, pengorbanan, dan bantuan kepada sesama masyarakat. Melalui usaha seperti ini, masyarakat dapat membina sistem sokongan yang kukuh dan penuh kasih sayang disamping memberikan harapan dan kesinambungan hidup kepada mereka yang menghadapi kekangan kesihatan.

Dari kiri ke kanan: Karen Wong, Danny TF Teh, Kingston Chang KIng Hon, Maizura, Yeo kok vui, Noorman Kamsani dan Makeispary Ganapathy.
“Aktiviti derma darah memainkan peranan penting dalam mengekalkan kestabilan sistem perubatan. Stok darah yang mencukupi membolehkan tindakan yang lebih cepat dan berkesan dalam menangani kecemasan sekaligus memastikan pesakit mendapat bantuan perubatan dengan segera ” katanya.
Presiden Yayasan Masyarakat Lestari Malaysia, Danny TF Teh, berharap melalui aktiviti ini dapat memberikan dorongan kepada lebih ramai individu yang prihatin kepada masyarakat untuk secara sukarela mendermakan darah, menambah bekalan stor darah hospital, dan juga berharap agar masyarakat tidak merasa takut untuk bersama-sama menyokong kempen derma darah.
Tambahnya lagi, sebagai sebuah badan amal di Johor, persatuan ini akan memperkenalkan 100 kempen derma darah pada tahun ini di seluruh negara untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap sumbangan darah.
Sebangai rakan kongsi yayasan dan pihak ketiga yang mengawal, Majlis Tindakan Pengguna Negara akan memberikan sokongan sepenuhnya kepada setiap acara yang akan datang.

Beliau berkata, melalui promosi ini di pelbagai platform, aktiviti derma darah kali ini mendapat sambutan hangat dengan mengumpulkan sebanyak 173 beg darah namun setelah melalui proses penapisan, hanya 111 beg darah yang memenuhi syarat.
Persatuan ini mengucapkan terima kasih kepada masyarakat yang aktif serta “keluarga derma pertama” kerana keberanian dan tindakan mereka.
“Kita tidak dapat meramalkan bila stor darah akan memerlukan jumlah darah yang besar untuk kecemasan pesakit atau individu yang memerlukan pertolongan segera.
“Oleh itu, beliau menggesa individu yang layak untuk menderma darah untuk menyertai aktiviti ini demi mengekalkan bekalan darah yang mencukupi dan bersedia menghadapi sebarang keadaan yang mungkin berlaku” ujarnya.
Setelah penganjuran aktiviti di Kuala Lumpur dan Perak tahun lalu, penduduk dan usahawan dari setiap negeri turut memberikan sokongan dan menyumbangkan dana. Untuk menjalankan kempen derma darah di seluruh Malaysia secara berterusan dan menyebarkan kesedaran melalui saluran yang efektif, persatuan ini memerlukan sumber kewangan dan berharap agar usahawan dapat mengambil tanggungjawab sosial dan bersedia menyokong kewangan untuk aktiviti ini, serta bersama-sama memberi manfaat kepada masyarakat.
Selain itu, semua penyokong akan menerima Sijil Penghargaan Tanggungjawab Sosial Korporat atau Tanggungjawab Sosial Peribadi yang dianugerahkan oleh Yayasan Masyarakat Lestari Malaysi, Majlis Tindakan Pengguna Negara dan International Financial Consultant Certified Institute (IFCCI) sebagai tanda terima kasih.
Beliau juga sangat berterima kasih kepada para usahawan yang terlibat dalam menyokong dan bersama memberi teladan, bekerjasama kepada persatuan ini untuk memberi kembali kepada masyarakat dan mencipta tenaga positif amnya.
Peserta yang hadir dalam acara ini termasuk Presiden MTPN Kebangsaan Datuk Paduka Dr Yeo Kok Vui , YDP MTPN Johor Merangkap Timbalan Seiausaha Agung MTPN, Tuan Noorman Bin Kamsani, Presiden Yayasan Masyarakat Lestari Malaysia, Danny TF Teh, Timbalan Pengarah Pusat Darah Negara, Dr. Tun Maizura, Presiden International Financial Consultant Certified Institute,IFCCI ADJ. Prof Dato Dr. Kingston Chang KIng Hon dan Penolong Pengurus Besar AEON Mall Bukit Raja, Makeispary Ganapathy.
Individu atau syarikat yang berminat untuk menyokong kewangan boleh menghubungi Teh Tien Hua (010-828 6652).

Timbalan Pengarah Pusat Darah Negara, Dr. Tun Maizura, menyatakan bahawa pada tahun lepas, Yayasan Masyarakat Lestari Malaysia telah menganjurkan sebanyak 70 aktiviti derma darah, berjaya mengumpulkan 4,366 beg darah untuk Pusat Darah Negara, memberikan bantuan yang kritis kepada pesakit yang memerlukan darah dengan segera.
Beliau menyatakan bahawa derma darah adalah satu bentuk sumbangan jangka panjang, terutama penting untuk ahli keluarga yang memerlukan sokongan darah dengan segera. Beberapa keluarga mungkin menghadapi kecemasan di mana beberapa ahli keluarga memerlukan transfusi darah disebabkan penyakit, kemalangan, atau pembedahan.
“Melalui derma darah, kita telah membina saluran kehidupan untuk keluarga-keluarga ini, memberi setiap ahli keluarga peluang pemulihan dan kelangsungan hidup” jelasnya.
Selain itu, beliau juga mengajak masyarakat untuk tidak bimbang mengenai penurunan piawaian operasi pengumpulan darah oleh Pusat Darah Negara selepas menghadapi banjir atau wabak. Ini kerana Prosedur Operasi Standard (SOP) dijalankan dengan ketat, di mana Pusat Darah Negara akan memastikan pematuhan piawaian keselamatan dan kualiti tinggi yang ditetapkan, untuk memastikan bekalan darah yang stabil dan keselamatan penerima darah.
Semasa bencana atau keadaan kecemasan, Pusat Darah biasanya akan mengambil langkah tambahan untuk memastikan bekalan darah mencukupi, sambil tetap menjaga kepatuhan dan kawalan yang ketat terhadap penderma dan penerima darah.
Dengan itu, masyarakat boleh menyertai derma darah dengan keyakinan sepenuhnya, memberikan sokongan yang stabil kepada keperluan perubatan masyarakat.
Presiden International Financial Consultant Certified Institute, IFCCI ADJ. Prof Dato Dr. Kingston Chang KIng Hon menekankan bahawa amal tidak dapat dicapai melalui usaha individu, tetapi memerlukan kerjasama berpasukan. Ini berkait dengan Fintopia Foundation yang bertujuan membina dunia kewangan yang ideal, di mana setiap pelaburan berkembang subur dalam suasana penuh kasih, telus, dan adil tanpa sebarang penipuan kewangan.
“Pengasasan Fintopia Foundation adalah hasil usaha bersama kita, mengumpulkan pakar kewangan dan jiwa amal untuk membina Fintopia yang diimpikan melalui pendidikan, kebajikan masyarakat, dan pelaburan inovatif. Saya yakin pengasasan ini akan segera menjadikan impian kita menjadi kenyataan.”
