_MWL1782

Cyberjaya – Bagi memperkasa ekonomi dalam sektor pembuatan, Center of Garage Malaysia (CoG) yang memulakan operasi secara rasmi pada 1 November 2023, kini menjadi hab bagi syarikat-syarikat permulaan (startups) .

Pengarah Urusan LVNS Malaysia, Abdul Hakim Sahidi berkata, CoG Malaysia adalah sebagai penanda aras menghubungkan pemain industri global kepada negara bagi meningkatkan ekonomi berkaitan pada tahun 2024.

Jelasnya lagi, CoG ialah ekosistem inkubasi unik di mana syarikat permulaan teknologi mendalam, kilang Super Jepun dan syarikat besar berkumpul.

Pengarah Urusan LVNS Malaysia, Abdul Hakim Sahidi

“Kami menyediakan semua sokongan yang mungkin untuk mempercepatkan inovasi syarikat pemula teknologi mendalam di seluruh dunia.

“Hubungan baik berlaku antara pihak terlibat dan saya yakin ia mampu menyumbang dalam kenaikan ekonomi, peningkatan pengetahuan dan menyelesaikan masalah berkaitan pembuatan di dunia” jelasnya dalam sidang media disini.

Jelasnya lagi, dengan membawa masuk teknologi Jepun dan menggabungkannya dalam industri pembuatan dan pengetahuan bagi mana-mana institusi pendidikan dan syarikat terlibat, mampu melaksanakan strategi global untuk menyelesaikan isu di Asia.

Dalam masa sama, Abdul Hakim turut menambah sebanyak 5 syarikat startups dari Malaysia dan 5 dari Jepun telah membuat perbentangan perkenalan operasi dan matlamat bagi meluaskan kerjasama dalam kalangan pemain industri.

CoG turut menyediakan fasiliti lengkap termasuk kepakaran terutamanya syarikat startups yang berasaskan deeptech di mana mereka menggunakan kombinasi pelbagai teknologi dalam pembuatan produk. Antara yang menjadi fokus ialah syarikat deeptech dalam agrikultur, aquakultur, perubatan dan robotik.

Ketua Pegawai Operasi, Alphaswift Sdn Bhd, Dr.Shian Lee berkata, syarikatnya yang merupakan antara penghasil dan pengeluar dron tempatan merasa bangga dapat bekerjasama dengan pemain industri dari Jepun dalam menempatkannya relevan diantara syarikat mega.

“Walaupun masih di tahap startup, Alphaswift dengan sokongan dan bantuan syarikat startup yang lain dibawah CoG, kini Alphaswift telah berjaya membawa teknologi dron buatan tempatan didalam pasaran.

“Kami juga telah mendapat perhatian dari beberapa syarikat berpotensi seperti Petronas, Pos Malaysia, MAS, syarikat-syarikat offshore dan sebagainya” katanya.

Shian Lee berkata kerjasama global juga sangat membantu meletakkan syarikat permulaan sepertinya lebih mudah menelusuri industri dan sebaris syarikat lain.

Presiden CAST, Kei Nakatsuma (dari kiri) dan Ketua Pegawai Operasi, Alphaswift Sdn Bhd, Dr.Shian Lee

Bagi Presiden CAST Inc, Kei Nakatsuma, kerjasama ini merupakan satu usaha terbaik diantara syarikat-syarikat permulaan dengan kepakaran dan teknologi tersendiri bagi menjamin pembangunan industri yang seiring.

“CAST Inc menyediakan rangkaian luas teras IP popular dan IP sistem untuk ASIC dan FPGA, dimiliki dan beroperasi secara persendirian sejak 1993, CAST mempunyai reputasi untuk produk IP berkualiti tinggi dan sokongan teknikal yang terkemuka di industri.

“Kami bekerjasama dengan pembangun IP di seluruh dunia, dan bekerjasama dengan perunding dan pengedar jualan terpilih di seluruh Eropah dan Asia, dengan adanya CoG, ia membantu kita berkongsi pengetahuan teknologi disamping meningkatkan operasi kearah global” katanya.

CoGMY menawarkan ruang kerja bagi syarikat startups, penyelidik dan individu yang berminat untuk menjalin kolaborasi dalam teknologi baharu. Malah jelas Abdul Hakim, CoGMY akan menjadi penghubung pemain industri dengan mewujudkan ekosistem inkubasi dengan kerjasama beberapa syarikat luar seperti Mitsubishi Electric, Kobashi Holding, Euglena, Real Tech Holdings dan PICA Manufacturing.

Yuran yang dikenakan dengan ekosistem yang ditawarkan iaitu serendah RM400 sehingga RM2500 sebulan. Sebanyak 20 syarikat startups seperti Alphaswift, Aavur, Ada Biotech, Platinum Bio dan Biovet antara perintis yang telah memulakan gerak kerja menggunakan ekosistem CoG sebagai hab pembangunan dan teknologi rentas negara.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading