Putrajaya – Selebriti dan pengasas produk Wawa Skincare mengakui produk keluarannya turut menjadi mangsa produk tiruan yang sedang berleluasa pada masa kini.
“Saya akui produk saya turut menjadi mangsa dan pihak saya juga telah mengesan beberapa peniaga yang menjualnya di dalam talian.
“Saya akui taktik scammers pada masa sekarang lebih bijak untuk mempengaruhi pembeli, dan masyarakat harus lebih peka dalam membuat pembelian. Setiap produk yang asli pastinya memiliki tanda pelekat hologram dan reka bentuk packaging yang direka khas” katanya.
Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, 32, berkata, terkini antara modus operandi scammer yang menggunakan teknik AI pada wajah dan suara selebriti terkenal negara juga telah mengelirukan pengguna.

“Setakat ini saya belum menghadapi masalah itu namun saya perlu berhati-hati agar tidak menjadi mangsa dan saya perlu ingtakan kepada semua agar tidak terpedaya dengan sebarang promosi jualan yang tidak pasti” ujarnya lagi.
Wawa ketika ditemui pada majlis Anugerah bagi menghargai para stokis dan ejen turut memberitahu membelanjakan hampir RM500,000 bagi meraikan pasukannya yang banyak membantu mempromosikan penjualan produk.
“Alhamdulillah, syarikat kami berjaya menjana keuntungan hampir RM32 Juta pada tahun lepas, selain kami mengeluarkan zakat turut diraikan juga para stokis yang berjaya dengan tajaan mengerjakan umrah bagi 33 orang.

“Selain itu, ganjaran wang tunai juga turut diberikan bagi stokis yang meraih jumlah jualan tertinggi sebagai pembakar semangat buat mereka” tambahnya dalam sidang media selepas majlis penyampaian anugerah.
Kongsinya lagi, Wawa Skincare menyasarkan jumlah jualan sehingga RM50 Juta pada tahun ini.
