Kuala Lumpur – BloomThis, jenama peneraju pasaran dalam gubahan bunga dan cenderamata, ingin membantu anda untuk menawan cinta si dia menerusi Valentine’s Collection pada Hari Valentine yang akan datang. Abadikan ekspresi cinta yang mekar di dalam hati menerusi rangkaian cenderamata dan jambangan bunga yang mempesonakan, seperti kekasih anda.
Rangkaian koleksi jambangan bunga Valentine yang indah ini digubah menggunakan bunga mawar dan bunga-bunga berkualiti dari penanam bunga ternama di segenap pelusuk dunia. Setiap gubahan mencerminkan keterampilan dan ketelitian penggubah bunga BloomThis. Daripada jambangan bunga yang segar hingga kepada kotak bunga yang menawan, setiap jambangan digubah dengan cermat bagi menzahirkan kasih sayang yang mendalam dan ia pasti akan mencairkan hati si penerima. Hanya yang terbaik untuk si dia yang paling sempurna di mata anda!
Bagi mengukir senyuman manis di bibir pasangan anda, koleksi ini turut mengandungi kad ucapan bersaiz A6 berserta cetakan gambar dalam saiz 3R secara percuma. Sampaikan rasa cinta anda menerusi mesej yang menyentuh hati dan pilih sekeping gambar untuk mengingatkan si dia tentang saat-saat indah yang dilalui bersama. Setiap pesanan akan menerima khidmat penghantaran pada hari yang sama secara percuma di KL dan sebahagian besar kawasan di Selangor, Pulau Pinang dan Johor Bahru. Pemberian jambangan bunga ini pastinya akan menusuk hati pasangan anda – seperti panahan cinta Sang Cupid!
