a03343cd-7da4-4848-bcbc-28ffc77bd4cc

Kuala Lumpur – Nadir Al-Nuri dinobatkan sebagai penerima anugerah utama di majlis makan malam pengiktirafan Nona  Superhero Award 2023. Beliau merupakan seorang aktivis kemanusiaan Malaysia yang menetap di  Semenanjung Gaza, Palestin sejak 2013. Beliau juga merupakan Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif  kepada pertubuhan bukan kerajaan yang dikenali Persatuan Cinta Gaza Malaysia.  

Majlis anugerah yang diadakan oleh majalah Nona buat kali kedua ini disampaikan kepada 18 individu  ikonik yang cemerlang dalam pelbagai bidang dan kerjaya yang mencetus revolusi Malaysia sepanjang  tahun 2023.  

Malam kemuncak Nona Superhero Award 2023 yang bertemakan James Bond 007 ini berlangsung di  Hotel Grand Millennium Kuala Lumpur turut diserikan lagi dengan kehadiran tetamu kehormat iaitu YAM  Tengku Dato’ Dr. Hishammuddin Zaizi bin YAM Tengku Bendahara Azman Shah Alhaj; Yang Berhormat  Dato‘ Ramanan Ramakrishnan, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi (KUSKOP); serta Yang Berbahagia Dato’ Sri Suriani Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan  & Koperasi (KUSKOP). 

Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Syamil Fahim berkata, “Majlis Nona Superhero Award 2023 ini  menjadi satu platform penting untuk menghargai individu ikonik yang telah mencetus revolusi dalam  pelbagai bidang dan menyumbang kepada pembangunan negara“. Beliau turut menyatakan  kebanggaannya terhadap semua penerima anugerah, menyebut mereka sebagai wira-wira negara yang  memotivasikan generasi muda untuk terus berusaha dan memberikan yang terbaik untuk Malaysia. 

Menurut Kiffy Razak, Head of Business Woman Segment, “Sepanjang 37 tahun di pasaran, kami di  Majalah Nona terpanggil untuk menghargai golongan lelaki hebat yang berpengaruh dan menjadi wira  sebenar sepanjang menempuhi tahun 2023. Meskipun berdepan pelbagai cabaran, namun mampu  bertahan dengan semangat yang kuat serta menyuntik inspirasi kepada pengikut masing-masing.  Tahniah buat barisan lelaki unggul yang diiktiraf dalam Nona Superhero Award 2023!” 

SENARAI ANUGERAH NONA SUPERHERO 2023

ANUGERAH PENERIMA
Nona Superhero Award Nadir Al-Nuri
Nona Men’s Motivator Award Prof Dato’ Dr Noordin Darus
Nona Men’s Fashion Brand Award Datuk Radzuan Radziwill
Nona Men’s Legend Award Anuar Zain
Nona Men’s Active Award Mohd Al Jufferi Jamari 
Nona Men’s Inspiring Award Boss James
Nona Men’s Celebrity Business Award Nubhan Ahamad
Nona Best F&B Business Award Azrain Mohamad
Nona Men’s Style Icon Award Hun Haqeem 
10 Nona Men’s Social Media Influencer Award Ryan Bakery
11 Nona Men’s Paralympic Award Muhammad Ammar Aiman 
12 Nona Best Innovative F&B Business Award Cef Nazri Jameson  Beard Brothers
13 Nona Best Medispa Award Dr Abdul Haq Ab Wasa Estika Medispa
14 Nona Best Future Education Fund Award Ahmad Dasuki Abdul Majid  Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi  Nasional (PTPTN)
15 Nona Best Aesthetician Award Dr Abdullah @ Maliq Alias  Dr Cute International 
16 Nona Best Community Dakwah Centre  AwardUstaz Mohammad Yaakub Yusra Mohd Yusof  Murtadha Dakwah Centre (MADAD) 
17 Nona Best Hair Service & Product Award Chez Hamdan  ChezKamya Professional
18 Nona Best Edupreneur Award Dato’ Dr Kapten Bakhtiar Aliff Ibrahim  Al Kauthar Eduqids 

Pada malam ini juga Nu Ideaktiv turut melancarkan aplikasi ‘Content Aggregator’ terbaru di Malaysia,  yang dinamakan seeNI. SeeNI adalah aplikasi yang menggabungkan lebih dari 20 penerbit terkemuka  seperti NONA, RASA, Remaja, Media Hiburan, Mingguan Wanita, Keluarga, Impiana dan banyak lagi,  seiring dengan kecanggihan dunia yang telah meletakkan segala pusat maklumat di hujung jari. Di seeNI,  terdapat pelbagai hidangan konten, dalam pelbagai format yang menarik, daripada artikel, video,  sehinggalah ke konten audio yang memenuhi minat anda. Dengan tagline ‘Segalanya di seeNI’ di mana  seeNI dilihat sebagai lubuk multigenerasi, seeNI beraspirasi untuk memberikan solusi pintar kepada  masyarakat.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading