MTXX_PT20240205_164901448

KUALA LUMPUR – Bulan Ramadan bakal menjelma tidak lama lagi dan The Pearl Kuala Lumpur menjemput semua rakyat Malaysia datang berbuka puasa di Melo Cafe & Deli, bermula 14 Mac hingga 7 April 2024.

Bertemakan Sajian Warisan Nusantara, hotel bertaraf empat bintang itu menawarkan kepelbagaian menu istimewa menerusi lebih 100 juadah dan hidangan menarik.

Hotel kelas perniagaan ikonik ini menawarkan lebih pelbagai hidangan yang boleh dinikmati yang pasti menyelerakan dan keseluruhannya mengimbau kembali citarasa masakan di kampung. Kualiti makanan yang dipersembahkan cukup memuaskan sekaligus membuatkan para pelanggan ingin datang berbuka puasa lagi disini.

Alami suasana berada di kampung dengan juadah istimewa tradisional Melayu. Antara makanan yang menjadi perhatian adalah  Daging Rendang Tok, Nasi Briyani Ayam, Nasi Briyani Kambing, Sup Tulang Rawan, Shawarma Ayam, Bubur Lambuk Ayam, Bubur Lambuk Daging dan tidak lupa pencuci mulut yang menarik seperti Gerai Apam Balik Special, Waffle, Gerai ABC dan Cendol berpulut, Aneka Biskut Nostalgia serta Gerai pencuci mulut dan buah-buahan.

Tidak lupa pencuci mulut yang menarik seperti Aneka Pemanis Mulut, Sago Gula Melaka, Aneka kuih-muih, variasi bubur manis, buah-buahan dan ais krim.

The Pearl Kuala Lumpur menyediakan promosi bufet Ramadan  pada harga bermula RM108 bagi dewasa, warga emas dan Orang Kurang Upaya RM88 dan RM68 harga kanak-kanak bagi mereka yang membuat tempahan antara 14 hingga 24 Mac ini.

Uniknya pada tahun ini adalah Bufet kami turut menyajikan pelbagai Aneka Gerai Ramadan yang pastinya memberikan anda pengalaman seolah-olah berada di Bazar Ramadan. Antara Gerai Bufet Ramadan yang disediakan ialah Gerai BBQ, Gerai Satay Kajang, Gerai Kawah, Gerai Sup Berapi, Gerai Aneka Goreng, Gerai Sup Penang, Gerai Lemang Tok Wan, Gerai Bakar, Gerai Murtabak, Roti John & Roti Canai serta Gerai Jagung Kukus Sekinchan.

Kesemua Gerai Ramadan ini menyajikan aneka pilihan untuk santapan anda pada Ramadan Bufet. Disamping Gerai Ramadan, Chef kami juga turut tampil dengan Sambal istimewa iaitu Sambal Hijau, Sambal Belacan dan Sambal Tumis yang dijual dengan harga RM15 sebotol. Antara menu istimewa lain yang dijual ialah Daging Tok Rendang (RM28), Ayam Masak Merah (RM18) dan Kupang Masak Hijau (RM28).

Lebih menarik, cabutan bertuah turut diadakan kepada pengunjung di mana hadiah utama adalah wang tunai sebanyak RM5,000, RM3,000 untuk pemenang kedua dan RM1,000 untuk pemenang ketiga. 

Status Halal merupakan keutamaan khususnya bagi masyarakat Muslim untuk menjamu selera di mana-mana Restoran, Dapur Restoran kami telah pun disahkan Halal mengikut konsep Shariah Islam oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Selain daripada juadah berbuka puasa yang indah, surau juga disediakan di tingkat 8 untuk para tetamu menunaikan solat Maghrib dan Tarawih. Kami juga turut menjemput imam bagi mengetuai Solat Tarawih sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading