3edf606b-2e93-4d7d-a115-e60b7d5e132b

Bangi – Hotel Tenera sering menjadi pilihan pengunjung apatah lagi apabila Buffet Ramadhan kali ini bakal menyajikan masakan kampung bertemakan ‘Lip Lap Lip Lap Ramadan’.

Majlis preview dirasmikan oleh Pengerusi Felda, Datuk Sri Ahmad Shabery Cheek dan diserikan lagi dengan kehadiran selebriti, Rozita Che Wan dan Jamal Abdillah.

Mengambil kira kos sara hidup yang semakin me­ningkat dan prihatin dengan perbelanjaan masyarakat pada bulan Ramadan akan datang, Hotel Tenera mengekalkan harga bufet berbuka puasa di hotel berkenaan pada harga RM138 (Isnin-Khamis) dan RM158 (Jumaat-Ahad). Hotel Tenera menawarkan harga tempahan awal  atau ‘early bird’ pada harga RM98  sahaja

Pengurus Besar hotel tersebut, Fadzly Hamzah berkata,harga tersebut berbaloi dengan hidangan kira-kira 200 menu daripada pembuka selera, pencuci mulut, makanan utama hingga kepada minuman dan pencuci mulut.

Bersandarkan kemahiran cef-cef dan kakitangan berkebolehan hotel milik Koperasi Permodalan Felda Malaysia itu, pastinya bufet Ramadan Hotel Tenera bakal memenuhi selera dan cita rasa pe­ngunjungnya apatah lagi menu kali ini bertemakan Sentuhan Ramadan dengan penampilan artis Datin Alyah sebagai wajah bufet Ramadan pada tahun ini.

Bufet Ramadan pada tahun ini masih mengekalkan konsep gerai-gerai seperti di bazar Ramadan. Untuk itu, terdapat lebih  40 gerai yang menyediakan pelbagai jenis hidangan seperti masakan panas, bakar,  sup, pasta, pizza, dim sum, kuih muih, buah-buahan serta aneka minuman.

Antara menu wajib rasa disini adalah seperti Nasi Kambing Apollo yang merupakan tarikan dan kelainan selain tiada terdapat dimana-mana bufet Ramadan.

Selain itu, Nasi Ayam Buluh Betung, Sup Gear Box Kampung Utara, Gerai Satay Kicap, Omar Maju Rojak Padang Kota, Shawarma, Kentang Sangkut Mania, Kopi Arang Panggang Live, Teh Chai, Air Ais Blended, Ais Krim Sang Kaya dan yang pasti dinanti nantikan DURIAN ‘Unlimited’ yang akan disajikan pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja.

Bukan itu sahaja, hidangan lain yang pastinya tidak dapat dilupakan adalah Kepala Salmon Jawa Teriyaki, Lidah Bakar Masih Terasa, Ikan Bakar Sumbat, Shellout, Rendang Tok Perak, Daging Asam Kunyit, Siput Sedut Masak Lemak, Urat Keting Asam Pedas, Sotong Goreng Simbah Percik, Daging Tetel Gulai Rebung, Ikan Talang Gulai Nenas, Ayam Ungkep, Sembilang Masak Lemak Daun Kunyit dan banyak lagi.

Kesedapan menu-menu hidangan ini adalah  hasil air tangan seorang Cef yang berpengalaman, Cef Sahisal Azrul Mat Said iaitu sebagai Chef Eksekutif Hotel Tenera.

Buffet Ramadan yang akan bermula pada 14 Mac hingga 7 April 2024 ini telah menerima anugerah berprestij  ‘Best Ramadan Buffet’ pada tahun 2019, 2022 dan 2023 daripada Gastronomy Association of Malaysia.

Tawaran pembelian terbuka sehingga 29 Februari 2024. Bilangan baucar adalah terhad. Untuk pembelian baucar ini sila layari www.tenerahotel.com.my atau menghubungi/ whatsapp di talian 019-3854 796.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading