MTXX_PT20240216_142846750

Pengeluar perkakas pintar terkemuka, Samsung menepati ramalan apabila melancarkan peranti kelas perdana yang baharu daripada generasi Galaxy S24.

Menerusi pengenalan itu, Samsung membariskan tiga variasi Galaxy S24 iaitu S24, S24+ dan yang menjadi tumpuan penggemar teknologi adalah Galaxy S24 Ultra.

Seperti yang dilaungkan Samsung sebelum ini iaitu slogan ‘Galaxy AI‘ menampilkan integrasi penuh Kecerdasan Buatan (AI) dalam peranti berkenaan.

Samsung Galaxy S24 adalah peranti pertama yang menerima integrasi penuh AI bermula dengan kaedah suntingan gambar, carian imej, terjemahan terus sehingga kepada terjemahan ketika panggilan.

Malaysianews TV berkesempatan mencuba sendiri kehebatan Samsung Galaxy S24+ dan kami akan kongsikan kepada anda apa yang menarik tentang gajet ini.

Jom….

Rekaan Trendy

Berada di tengah-tengah antara keanggunan kompak Galaxy S24 dan kebesaran Galaxy S24 Ultra, Samsung Galaxy S24 Plus tampil sebagai fenomena rekaan yang menarik. Ia mengambil inspirasi dari sirinya yang lebih besar dan lebih kecil, membentuk sintesis yang menawan dalam rekabentuk, prestasi dan gaya.

Dari sudut pandang rekaan, Galaxy S24 Plus ini bak permata yang berkilau. Bayangkan, ia bagaikan versi yang lebih besar dan lebih elegan dari Galaxy S24.

Anda akan disajikan dengan rekaan yang halus dan bersih di bahagian depan dan belakang, lengkap dengan sudut-sudut yang bulat. Tiada beveling pada tepinya, memberikan kesan yang minimalis dan kontemporari.

Pada bahagian skrin puka S24 Plus ini mempunyai skrin yang identikal dengan model Galaxy S24 Ultra. Ia hadir dengan resolusi super tinggi – 3120×1440 piksel menjadikannya sebagai penambahbaikan signifikan dari model sebelumnya dan juga langkah besar ke depan dalam teknologi paparan.

Dari segi warna pilihan pula Galaxy S24 Plus ditawarkan dalam beberapa warna menarik iaitu Onyx Black, Cobalt Violet, Amber Yellow dan Marble Gray. Selain itu, Samsung Malaysia turut menawarkan warna ekskulisf untuk pesanan di atas talian iaitu Sandstone Orange, Sapphire Blue dan Jade Green.

Dari segi ketahanan badan, bingkai telefon bimbit dilengkapi dengan bahan perisai aluminium yang memberikan ketahanan yang berlebihan terhadap calar dan kerosakan akibat hentakan. Samsung mendakwa bahawa ketahanan perisai aluminium pada telefon bimbit ini telah meningkat berbanding sebelum ini.

Galaxy S24+ juga menawarkan skrin yang lebih lebar sedikit berbanding sebelumnya, iaitu 6.7 inci dan bukannya 6.6 inci. Selain itu, resolusi Galaxy S24+ kini ialah QHD+ 1330 x 3120 piksel, peningkatan daripada sebelumnya hanya 1080 x 2340 piksel.

Samsung juga memberikan peningkatan dalam kecerahan daripada sebelum ini hanya 1,750 nits kepada sekarang 2,600 nits. Kemudian, menaik taraf panel kepada Dynamic LTPO AMOLED 2X bermakna Galaxy S24+ boleh menyesuaikan kadar penyegaran dinamik antara 1-120 Hz. Ini berbeza dengan Galaxy S23+ yang hanya menawarkan 48 Hz sebagai kadar penyegaran terendahnya.

Perisian yang Berkuasa

Nampaknya siri Galaxy S24 untuk versi biasa dan Plus terbahagi kepada versi Snapdragon 8 Gen 3 dan Exynos 2400. Pengecualian ialah Galaxy S24 Ultra yang hanya tersedia dalam versi Snapdragon.

Untuk pasaran Malaysia Samsung Galaxy S24 dan Galaxy S24+ menggunakan cip Exynos 2400. Exynos 2400 adalah pengganti kepada Exynos 2200, cip yang digunakan dalam siri Samsung Galaxy S22 khusus untuk pasaran Eropah.

Exynos 2400 sendiri dikatakan akan membawakan beberapa penambahbaikan daripada siri sebelumnya, seperti keupayaan CPU dan AI (kecerdasan buatan).

Dari segi prestasi CPU, ia mengalami peningkatan sebanyak 1.7 kali ganda berbanding Exynos 2200 yang digunakan oleh siri Galaxy S22. Kemudian, peningkatan AI adalah lebih drastik iaitu sehingga 14.7 kali ganda.

Exynos 2400 juga mempunyai keupayaan AI yang unik, salah satunya adalah dapat menukar gesaan dalam bentuk teks kepada imej (penjanaan AI teks-ke-imej).

Ciri Galaxy AI

Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, Galaxy S24 Plus dilengkapi dengan ciri AI. Samsung menamakannya sebagai Galaxy AI. Ciri ini tidak tersedia pada Siri Galaxy S sebelumnya.

Pertama, ialah Terjemahan Langsung. Ciri ini juga sesuai untuk wartawan atau pelancong yang melancong ke luar negara. Apabila bercakap dengan seseorang yang menggunakan bahasa asing, AI akan segera menterjemahkan perbualan ke dalam bahasa yang boleh anda fahami.

AI juga akan melakukan perkara yang sama apabila anda bercakap. Ciri ini juga boleh dijalankan di luar talian. Apabila dijalankan di luar talian, fail audio bahasa asing akan ditukar oleh AI kepada teks yang ditranskripsi.

Dalam membuat transkrip, AI juga boleh mengenali bilangan orang yang bercakap dalam temu bual. Hasil transkripsi juga boleh diterjemahkan ke dalam bahasa lain.

Kedua, iaitu Chat Assist. Ciri ini membantu memilih ayat yang sesuai mengikut orang yang anda bercakap. Contohnya, apabila anda menulis “Apa khabar?”, AI akan mengesyorkan beberapa variasinya kepada rakan (santai) atau bos di tempat kerja (sopan).

AI juga boleh menterjemah ayat dalam chat, kedua-dua daripada anda dan orang yang anda bercakap.

Ketiga, iaitu Notes Assist. Apabila anda mencatat nota dalam aplikasi nota, nota itu mungkin terlalu panjang. AI akan cuba meringkaskannya tanpa mengubah intipati nota itu. Ringkasan juga boleh diterjemahkan ke dalam bahasa lain.

Jika anda telah merakam seseorang bercakap dengan aplikasi Voice Recorder, Galaxy AI menawarkan fungsi Transcript Assist yang akan menukarkan suara kepada teks (speech-to-text) dengan tepat. Lebih menarik, jika terdapat beberapa orang yang bercakap dalam rakaman suara tersebut, Transcript Assist boleh membezakan teks mengikut orang yang sedang bercakap.

Galaxy AI menawarkan beberapa fungsi suntingan gambar Photo Editing yang sangat unik. Sebagai contoh, jika anda mengambil gambar yang senget dan ingin membetulkan sudutnya, anda boleh mendatarkan gambar tersebut dan sebarang ruang kosong di bahagian tepi akan diisikan dengan bantuan AI.

Selain itu, jika terdapat sebarang objek yang tidak diingini dalam gambar anda, anda boleh ‘padam’ atau ‘pindah’ objek tersebut kemudian Galaxy AI akan cuba sebaik mungkin untuk mengisi ruang kosong yang terhasil selepas objek itu dibuang. Fungsi ini boleh diharap jika anda sekadar ingin membuang objek yang kecil, namun untuk objek yang besar dalam gambar, hasilnya nampak agak cacat.

Teknologi Kamera

Daripada segi spesifikasi kamera dan fungsi fotografi, ia tidak mempunyai banyak perbezaan dengan Galaxy S23+. Walaupun dengan teknologi tahun lepas, Galaxy S24+ masih boleh menghasilkan gambar yang sangat cantik dalam situasi terang dan gelap, dengan penghasilan warna yang seimbang dan jurang dinamik yang tinggi. Ia tidak mempunyai warna ‘pekat’ yang sinonim dengan telefon Samsung pada beberapa tahun lalu.

Gambar ultra-lebar tidak mempunyai efek herotan (distortion) yang melampau dan masih mengekalkan kualiti ketajaman yang tinggi. Untuk zum pula, Galaxy S24+ hanya boleh zum optikal sejauh 3x dan zum digital 30x. Ia tidak menyokong zum sehingga 100x seperti Galaxy S24 Ultra, namun kita semua tahu bahawa gambar selepas zum 10x nampak tidak begitu cantik.

Gambar pada waktu malam juga nampak cantik, walaupun anda tidak mengaktifkan Night Mode. Apabila anda mengaktifkannya, pemprosesannya nampak kemas dengan jumlah noise yang rendah.

Untuk rakaman video, Galaxy S24+ boleh merakam sehingga resolusi 8K pada kadar 30fps. Penstabilannya nampak sangat kukuh walaupun pada tetapan lalai (default) dan anda boleh tingkatkan lagi penstabilannya dengan mod Super Steady.

Satu ciri yang menarik adalah Galaxy AI boleh hasilkan video gerak perlahan (slow motion) yang lancar walaupun video tersebut dirakam dengan kadar bingkai 30fps. Hasilnya nampak sangat memuaskan, walaupun terdapat beberapa artefak yang pelik di dalamnya.

Contoh pencahayaan indoor
Contoh nightgraphy
Ketahanan Bateri

Galaxy S24 Plus ini memiliki bateri 4,900mAH dengan pengecasan berwayar pantas 45W yang sama seperti Galaxy S24 Ultra bersama dengan pengecasan tanpa wayar 15W dan sokongan pengecasan tanpa wayar terbalik.

Kelebihan lain, telefon pintar ini turut dilengkapi pengecasan tanpa wayar 25W, membolehkan pengguna mengecas secara praktikal tanpa perlu menggunakan kabel. Ciri pengecasan terbalik 10W adalah nilai tambah, membolehkan Galaxy S24 Plus berfungsi sebagai sumber kuasa tambahan untuk peranti lain yang menyokong pengecasan tanpa wayar.

Harga Patut

Secara ringkas, harga untuk semua model Galaxy S24 Plus di Malaysia lebih tinggi berbanding siri Galaxy S23 Plus ketika dilancarkan tahun lepas. Bagaimanapun, Samsung tidak lagi menyediakan storan 128GB kali ini, menjadikan harga terendah jauh lebih mahal.

Berikut adalah harga siri Galaxy S24 Plus di Malaysia:

  • Galaxy S24+ (RAM 12GB + Storan 256GB) – RM4,899
  • Galaxy S24+ (RAM 12GB + Storan 512GB) – RM5,399
Ringkasan Spesifikasi

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk Samsung Galaxy S24+: 

  • Cipset Exynos 2400
  • Skrin Dynamic AMOLED 2X QHD+ 6.7 inci dengan resolusi 3120×1440 piksel, segar semula skrin 120Hz, Vision booster 
  • Berat badan: 197g | Ukuran: 75.9 x 158.5 x 7.7mm
  • Kamera utama sudut lebar 50MP OIS (F1.8, FOV 85˚ ) + telefoto 10MP OIS (F2.4, 3x, FOV 36˚ ) + sudut ultra lebar 12MP (F2.2, FOV 120˚)
  • Kamera swafoto 12MP (F2.2, FOV 80˚ )
  • RAM 12GB + storan 256GB/512GB
  • Kapasiti bateri: 4,900mAh dengan pengecasan pantas 45W
  • Pengimbas cap jari dan muka bawah skrin, Wi-Fi 6E, 5G
  • Warna: Hitam Onyx/Kelabu Marmar/Violet Cobalt/Kuning Ambar | Eksklusif atas talian – Hijau Jed/Jingga/Biru Nilam
  • Harga: 512GB – RM5,399 | 256GB – RM4,899

Leave a Reply