MTXX_MH20240221_091929966

KUALA LUMPUR – Bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud meninggal dunia sekitar jam 4.28 pagi tadi sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.

Berita duka pemergian Abdul Taib ke rahmahtullah disahkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadilah Yusof.

“Sekarang jenazah akan dimandikan dan Insya-Allah akan dibawa ke Masjid Negara untuk penghornatan terakhir (peringkat Semenanjung) sebelum jenazah dibawa ke lapangan terbang untuk diterbangkan ke Kuching, Sarawak,” kata Fadilah.

Allahyarham Abdul Taib yang genap 87 tahun pada 21 Mei lalu akan dibawa pulang ke Kuching hari ini dan akan dibawa ke Dewan Undangan Negeri Sarawak untuk penghormatan terakhir.

Jenazah Allayarham akan disembahyangkan di Masjid Demak sebelum disemadikan di sebelah pusara isteri pertamanya, Toh Puan Laila Taib di kediaman peribadi mereka di Demak Jaya.

Sebelum ini, Abdul Taib merupakan satu-satunya figura politik era penubuhan Malaysia yang masih hidup dan pernah berada dalam Kabinet Sarawak yang ditubuhkan pada 22 Julai 1963.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading