_DSC9202

Cyberjaya – Satu Memorandum Persefahaman (MoU) antara CAST Inc dan Beyond Horizon membabitkan usahasama antara syarikat pemula Jepun dan Malaysia dalam menguji ketebalan logam telah dimeterai pada Khamis lalu.

Dalam kerjasama itu, Leave a Nest Group (LVNS) menerusi Center of Garage Malaysia (CoG) bertindak sebagai pembuka laluan dengan mewujudkan ekosistem inkubasi dan menyatukan teknologi antara dua entiti tersebut.

Pengarah Teknikal Beyond Horizon, M Fadzly M Khalil berkata, kerjasama yang terjalin bakal memanfaatkan kedua-dua syarikat dalam mengembangkan teknologi di Jepun dan Malaysia.

“CoG membawa CAST, sebuah syarikat dari Jepun yang turut menggunakan teknologi yang sama dan jalinkan kerjasama dengan membangunkan kedua-dua teknologi. Perbincangan telah bermula seawal Oktober tahun lalu, Beyond Horizon merupakan sebahagian daripada Leave A Nest Malaysia dan mereka melihat potensi kami bersama CAST.

“Usahasama bersama CAST Inc ini akan menygaskan untuk kami mengambil data ketebalan logam yang melibatkan industri petrochemical. Teknologi sensor yang dipanggil Ultrasonic Testing (UT) yang mengambil ukuran ketebalan logam dan diletakkan secara kekal di permukaan logam” katanya.

Jelasnya lagi, dron yang digunakan berupaya mengambil data secara bergerak daripada permukaan logam di mana hakisan boleh berlaku di seksyen berbeza.

Pelanggan memerlukan banyak data diambil di beberapa seksyen dan Beyond Horizon akan mengambil tanggungjawab tersebut. MoU ini mensasarkan syarikat minyak dan gas serta industri petrochemical.

Tambahnya, perjanjian ini akan memanfaatkan kedua-dua belah syarikat di mana ia akan turut melibatkan industri di Jepun dan CAST.

Syarikat ini juga berharap menjadi perintis teknologi dron atau robotik kepada industri dengan perkhidmatan yang cukup komprehensif.

“Pemeriksaan industri melibatkan kilang di mana kami melakukan pemeriksaan di kawasan yang sukar dicapai oleh manusia terutama di kawasan sempit dan tinggi. Teknologi dron yang digunakan Beyond Horizon bukan sahaja dapat menjimatkan kos dan masa, malah ia membantu mengurangkan risiko kecederaan.

“Contohnya di dalam sistem kumbahan atau tangki, ia tidak selamat untuk dimasuki kerana ada kes kekurangan oksigen dan mungkin boleh berlaku kematian. Jadi kami akan menghantar dron untuk membuat pemeriksaan sama ada berlaku kerosakan atau kebocoran. Malah kami turut mengambil data melibatkan ketebalan paip,” tambahnya.

Presiden CAST Inc, Kei Nakatsuma menambah kerjasama ini merupakan satu usaha terbaik di antara CAST dan Beyond Horizon dengan kepakaran dan teknologi tersendiri bagi menjamin pembangunan industri yang seiring.

“CAST Inc menyediakan rangkaian luas teras IP popular dan IP sistem untuk ASIC dan FPGA, dimiliki dan beroperasi secara persendirian sejak 1993.

“Teknologi CAST menggunakan sensor yang diletakkan secara kekal, jadi dengan gabungan ini kami boleh menyediakan perkhidmatan ‘time reach data’ secara konsisten. Dengan menggunakan Ultrasonic Testing (UT) dron, pelanggan kami dapat mengumpul data risiko tinggi dan memantaunya setiap hari.

“Setakat ini kami telah memberikan khidmat kepada beberapa syarikat gergasi minyak dan gas di Jepun dan akan membawa teknologi ini ke Malaysia. Malah kami akan gabungkan perkhidmatan bersama dron untuk selesaikan masalah industri di Jepun,” jelasnya kepada media.

LVNS membawa teknologi Jepun bagi melaksanakan strategi global demi memperkasa ekonomi sektor pembuatan da bakal menjadi hub teknologi terbesar Asia. CoGMY turut menawarkan ruang kerja bagi syarikat startups, penyelidik dan individu yang berminat untuk menjalin kolaborasi dalam teknologi baharu.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading