Berbuka puasa sambil bermanja dengan haiwan comel di Farm In The City Seri Kembangan

Published by

on

Serdang – Menjelang bulan Ramadan, pastinya banyak tawaran bufet dari pelbagai hotel dan restoran. Sudah tentu orang ramai akan memilih lokasi berbuka puasa yang sesuai lebih-lebih lagi bagi yang berkeluarga dan mempunyai anak kecil.

Satu kelainan yang ditonjolkan di  Farm In The City Sri Kembangan Selangor, bukan sahaja dari pilihan menu yang pelbagai tetapi orang ramai berpeluang bermain dengan haiwan-haiwan di zoo mini disini.

Antara haiwan yang ada seperti Alpaca, Rakun, Llama, Arnab, Kura-kura Gergasi dan pelbagai lagi. Haiwan-haiwan yang manja ini pastinya mampu membuatkan anak-anak tersenyum girang dan menjadikan kita lupa sebentar dahaga dan lapar sementara menunggu waktu berbuka.

Buffet Ramadan di sini akan bermula dari 13 Mac hingga 7 April 2024. Ia akan diadakan dalam sebuah dewan baru dibuka iaitu D’Pine Loghouse @ Farm di The City untuk pengalaman berbuka puasa yang mengasyikkan.

Menariknya disini terdapat lebih 88 juadah yang anda boleh cuba. Antara yang menjadi pilihan kami untuk memulakan pembuka selera sudah pastinya adalah ubi rebus bercicahkan sambal tumis bilis. Kelazatan sambal tumisnya cukup lengkap dengan pedas dan manis.

Selain itu disediakan juga pulut kuning dengan rendang ayam, membuatkan anda terimbau kembali susasa kenduri di kampung. Ada juga, Kerabu Pucuk Paku, Ayam Bakar, Sotong Salted Egg, Daging Salai Masak Lemak, sayur masak lemak, asam pedas pari, gulai ikan talang, ayam sambal dan pelbagai. Kesemua menu yang dihidangkan benar-benar membuka selera ala kampung.

Menariknya lagi, di ruang luar pula disediakan juadah lain seperti bihun Sup. kambing grill, shellout, roti john, ayam bakar, ABC dan aiskrim goyang.

Memang menyelerakan dan berbaloi dengan harga yang ditawarkan.

Pelbagai juga seleksi pencuci mulut disediakan. Bukan sahaja buah-buahan dan jeruk masam, tetapi anda juga boleh menikmati bermacam-macam jenis kuih muih melayu yang cukup rasa.

Selain dari hidangan juadah berbuka puasa yang menyelerakan dan haiwan-haiwan yang manja, anda juga dihidangkan dengan ruang permainan tradisional. Disini, anda boleh mengimbau kenangan zaman kanak-kanak dengan bermain Congkak dan batu seremban. Boleh juga anda memperkenalkan permainan tradisional ini kepada anak-anak.

Harga yang ditawarkan hanya RM98 untuk seorang dewasa dan RM58 untuk seorang kanak-kanak. Manakala pomosi harga beli awal sebelum 20 Marc 2024 hanya RM88 untuk seorang dewasa dan RM55 untuk seorang kanak-kanak. 

Untuk berbuka puasa disini, terdapat promosi disediakan antaranya, beli pakej Buffet 1 pax dan anda akan menerima baucar tiket masuk Farm In The City dimana jika anda beli 1 tiket dan anda akan menerima PERCUMA 1 TIKET. Selain itu, beli 10 pax Buffet dan anda akan menerima 1 pax Buffet secara PERCUMA. 

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menempah bufet ramadan di D’Pine Loghouse @ Farm in The City sekarang. Rasai kelainan dan imbau suasana di kampung hanya disini.

Untuk tempahan, hubungi 03-89413099 atau email enquiry@farminthecity.my. Anda juga dijemput melayar laman web: https://farminthecity.my

Leave a comment

Blog at WordPress.com.