spot_1543927175_1545619190

KUALA LUMPUR – Fueltrax, peneraju global dalam teknologi penyelesaian pengurusan bahan api kapal, mengumumkan pencapaian hebat di Asia Tenggara dengan menandatangani 28 kontrak bernilai tinggi di Malaysia, yang dianggarkan bernilai sehingga RM24 juta. Ini merupakan sebuah kejayaan besar bagi Fueltrax di Asia Tenggara, sekaligus mempamerkan komitmen mereka untuk memacu kemajuan dan pertumbuhan ekonomi dalam industri maritim rantau ini.

Melalui kontrak ini, 12 pengendali kapal telah menggunakan FUELNETTM, Fueltrax untuk mengintegrasi data operasi marin bersama syarikat O&G Malaysia, yang melibatkan 38 kapal. Pengintegerasian data ini menggunakan platform berasaskan awan FUELNETTM yang menawarkan data dan cerapan masa nyata (real time) terhadap penggunaan bahan api, kecekapan, serta pematuhan alam sekitar.

“Pencapaian ini menunjukkan dedikasi teguh kami dalam memastikan kecekapan operasi, kelestarian dan kemakmuran ekonomi serantau. Sebagai jenama pilihan untuk Sistem Pengurusan Minyak Kapal (VFMS) di peringkat global, dengan pengalaman luas mengurus lebih 1,000 kapal, termasuk 38 di Malaysia, kami komited untuk menyediakan peralatan bertaraf dunia, sokongan teknikal yang dipercayai dan penyelesaian kos yang efektif,” kata Faiz Azani, Pengarah Operasi Fueltrax Asia Tenggara.

Pelaksanaan VFMS Fueltrax untuk 38 kapal Malaysia ini dijangka memberi pelbagai manfaat. Pelaburan ini dijangka meningkatkan kecekapan operasi dan produktiviti keseluruhan sebanyak 30%, secara langsung memberi kesan kepada keuntungan pengendali dan syarikat kapal Malaysia. Selain itu, VFMS turut memudahkan analisis data masa nyata serta memperkemas aliran kerja. Ini membolehkan keputusan dicapai dengan lebih pantas dan termaklum. Dengan peningkatan kecekapan dan pembuatan keputusan yang lebih baik, ia menyumbang kepada kemajuan jangka panjang industri maritim Malaysia, membantu pertumbuhan dan daya saing yang berterusan bagi industri ini dalam pasaran global.

“Fueltrax menyasarkan untuk menyumbang kepada pembangunan Malaysia sebagai hab maritim terkemuka dengan mempromosikan amalan pengurusan bahan api yang telus. Ini memberi keyakinan kepada pelabur yang merancang untuk menjalankan perniagaan marin dalam sektor ini kerana Fueltrax mampu meminimakan nilai kerugian dalam kos bahan api dan kesan kepada kos perniagaan mereka,” tambah Faiz.

“Kerjasama ini dijangka mewujudkan manfaat ekonomi yang ketara kepada industri maritim Malaysia, termasuk mewujudkan sekurang-kurangnya 100 pekerjaan baharu. Kesan positif ini bukan saja kepada syarikat yang terlibat secara langsung dalam kontrak tetapi merentasi rantaian bekalan dan sokongan untuk fungsi-fungsi berkaitan, meningkatkan lagi pertumbuhan dan kecekapan industri.”

Setiap pakej penyelesaian komprehensif Fueltrax disesuaikan bagi memenuhi keperluan pelanggan, termasuk pemantauan data, perkhidmatan sokongan, penyelenggaraan peralatan dan peningkatan kecekapan. Penyelesaian ini memperkasa pengendali kapal untuk mendigitalkan operasi, mengoptimumkan penggunaan bahan api dan mengurangkan jejak karbon melalui teknologi pengurusan bahan api yang maju. Ciri-ciri seperti BestSpeed dan BestEconomy memaksimumkan kelajuan kapal dengan bahan api yang minimum, menggalakkan amalan terbaik yang cekap dan bertanggungjawab dalam kalangan krew kapal.

Berdasarkan rekod prestasinya yang kukuh di Asia Tenggara, Fueltrax sebelum ini memperoleh kontrak dengan 10 syarikat kapal terkemuka antara 2017 dan 2022. Kerjasama ini mengukuhkan reputasi Fueltrax sebagai pembekal penyelesaian inovatif dan perkhidmatan unggul di rantau ini.

Teknologi penyelesaian Fueltrax juga sejajar dengan Strategi 2050 oleh Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) 2050 untuk penyahkarbonan dan memperkasa pengendali kapal menyumbang kepada masa depan maritim yang mampan. Dengan kejayaan ini sebagai asas, Fueltrax merancang untuk pertumbuhan dan pengembangan selanjutnya di Malaysia, termasuk penubuhan Pusat Operasi Kapal (VOC) kedua bagi menyediakan sokongan 24/7 kepada pelanggan di seluruh dunia.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading