0Y1A9461

Putrajaya – Festival Ramadan Putrajaya 2024 (FRP2024) akan berlangsung pada skala lebih besar bermula 8 Mac hingga 9 April ini dengan sasaran kehadiran ramai pengunjung.

Menurut Pengarah Ingenious Creative Lab (M) Sdn Bhd, Shahrul Musa, penganjuran FRP2024 yang bertemakan Seindah Ramadan, Harmoni Lebaran itu melibatkan lima komponen utama iaitu Bazar Ramadan, Anjung Syawal, Kiblat Walk, Laman Iftar serta Food Truck Ramadan dengan lokasi terlibat di Dataran Putrajaya Presint 3, Kompleks Perbadanan Putrajaya dan lima lokasi Bazar Ramadan Putrajaya.

Jualan Anjung Syawal kali ini menyaksikan penglibatan lebih 250 vendor daripada pelbagai cabang perniagaan. Kami di Ingenious Creative Lab (M) Sdn Bhd juga berbesar hati atas kepercayaan yang diberikan PPJ untuk meneruskan Jualan Anjung Syawal buat kali kedua.

Pengunjung yang hadir ke Jualan Anjung Syawal juga berpeluang mengikuti pelbagai program dan aktiviti mingguan dengan tema yang berlainan iaitu kesenian (minggu pertama), kecantikan (minggu kedua), sukan (minggu ketiga) dan islamik (minggu keempat).

Penganjuran kali ini menyaksikan kolaborasi dengan penaja iaitu Quaker dan Minaz serta rakan strategik seperti pcari.my, Rantai Arts, Tempatan Fest dan Semboyan Malaysia untuk memeriahkan lagi FRP2024

Pengarah Perlesenan Jabatan Perkhidmatan Bandar Perbadanan Putrajaya(PPj), Jeffri Mustapa turut menambah, FRP24 dilihat sebagai satu pusat sehenti yang memudahkan para pengunjung untuk mendapatkan pelbagai keperluan seperti juadah berbuka puasa termasuk barangan persiapan untuk menyambut hari raya.

Mengulas lanjut, Jeffri berkata, pihaknya juga akan berkolaborasi bersama platform gergasi media sosial, TikTok pada FRP24 itu.

Dengan menggunakan tagline #kongsibersama dan #festivalramadanputrajaya, kolaborasi bersama Tik Tok ini akan memberi peluang kepada semua usahawan di FRP 2024 membuat promosi produk masing-masing bersama pempengaruh.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading