Metro 1

Shah Alam – Jenama kosmetik tempatan,BettyBeauty melancarkan satu lagi rangkaian produknya yang berbentuk trio stick yang yang akan mula menerjah pasaran tidak lama lagi.

Pengasasnya, Zetty Tajudin mengakui bukan mudah untuk sampai ke tahap berjaya dalam perniagaan jika tidak menempuh pelbagai cabaran. Memulakan perniagaan pada tahun 2017 secara kecil-kecilan, jenama ini mula berkembang pesat dengan jumlah stokis dan ejen jualan yang bertambah.

“Saya amat meminati bidang kecantikan dan memiliki perniagaan kosmetik jenama sendiri adalah cita-cita saya sejak dahulu lagi.

“Saya akui bukan mudah menguruskan satu-satu perniagaan, banyak perkara perlu dikorbankan namun ia menjadi satu kepuasan apabila melihat pelanggan mampu memiliki produk kecantikan yang diinginkan dengan harga mampu dibeli” katanya kepada Malaysianews TV.

Beliau yang ditemui pada majlis pelancaran BettyCosmetics X Muabellaz yang dihadiri lebih 500 tetamu terdiri daripada rakan pengasas, ketua tim dan ejen produk, kakitangan, pembeli ‘pink box’ bertuah, pelanggan BettyBeauty dan ramai lagi.

Dalam majlis tersebut juga, BettyBeauty turut menampilkan jurusolek terkemuka, Muabellaz sebagai muse dan kemunculan istimewa malam itu.

“Saya telah berkawan dengan Bella lebih 8 tahun, banyak perkara dan ilmu dalam bidang kosmetik dikongsi bersama dan ini adalah masa yang sesuai untuk saya bekerjasama dengan beliau untuk produk baru ini.

“Produk trio stick ini dihasilkan dengan idea dan citarasa kami, dari segi design pula kita letakkan perincian lain dari lain” ujarnya lagi.

Tambahnya lagi, untuk tahun ini beliau menyasarkan peningkatan 1,000 pengedar menyertai jenama ini.

Majlis pelancaran turut diserikan lagi dengan persembahan artis jemputan Indonesia, Charly Van Houten menghiburkan para tetamu.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading