jakel

Kuala Lumpur – Gedung tekstil terkemuka negara, Jakel melancarkan kempen Raya Sakan 2024 dengan kempen penjimatan berganda bagi pakaian dan kelengkapan ditawarkan bagi persiapan sempena Aidilfitri selama sebulan.

Dengan kempen jimat, Jakel menawarkan pakaian bercorak dan rekaan terkini meliputi pelbagai peringkat usia pada harga lebih rendah berbanding tahun sebelumnya.

Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel berkata, kesemua gedung Jakel seluruh Malaysia memberikan harga terendah walaupun peniaga berhadapan kenaikan harga bahan dari pembekal.

“Situasi kita pada masa kini, rata-rata peniaga berhadapan kenaikan harga dari supplier, namun kita di Jakel tetap dengan prinsip menghargai pelanggan dengan memberikan harga terendah supaya setiap orang mampu membeli dan bergembira dengan pakaian baru pada Aidilfitri nanti.

“Paling menarik, kami membenarkan konsep jual beli menang-menang dimana pelanggan boleh tawar menawar bagi mendapatkan harga yang mampu dibayar.

“Pilih apa sahaja pakaian yang disukai, dan boleh tawar harga” katanya dalam sidang media di Jakel Mall disni.

Jelasnya lagi, kesemua koleksi pakaian siap tahun ini bagi lelaki, wanita dan kanak-kanak yang ditawarkan pihaknya adalah berteraskan trend terkini hasil sentuhan pereka dalaman Jakel sekali gus diyakini mampu memenuhi cita rasa pelanggan masa kini.

“Sempena promosi Raya Sakan Bersama Jakel tahun ini, harga baju Melayu yang sebelum ini ditawarkan pada tahun lalu iaitu pada RM180 kini diturunkan kepada RM150 sahaja sepasang, selain pelanggan berpeluang memilih salah satu hadiah percuma antara kurta atau samping berkualiti berteraskan kain eksklusif bernilai RM89 bagi setiap pembelian baju Melayu tahun ini.

“Malah bagi koleksi perempuan sedia dipakai ditawarkan serendah RM99 sahaja sepasang dengan ratusan corak dan warna terkini 2024,” ujarnya lagi.

Menurutnya, bagi memenuhi permintaan dan keperluan pelanggan sepanjang promosi sebulan itu, Jakel menyediakan stok baju melayu sebanyak 3 juta pasang di seluruh Malaysia jauh lebih banyak berbanding tahun sebelumnya.

Selain koleksi pakaian, Jakel turut menawarkan diskaun sehingga 85% bagi kelengkapan lain seperti permaidani, langsir, sejadah, kain pelikat dan lain-lain.

Jualan promosi Raya Sakan itu membabitkan seluruh cawangan Jakel seluruh negara bermula 9 Mac hingga ke malam Raya.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading