KUALA LUMPUR – Coway, syarikat Best Life Solution, meneruskan usahanya untuk mengutamakan kesejahteraan isi rumah Malaysia dengan inovasi terkininya – Penapis Air Luar Rumah Coway. Tambahan terbaharu kepada rangkaian produk Coway ini direka bagi memastikan sumber air bersih sebelum memasuki kediaman anda, menjadikan ia solusi air rumah yang sangat holistik.
Pusat rawatan air akan memproses air dari sungai dan menyalurkan air yang dirawat tersebut ke isi rumah di seluruh negara melalui rangkaian paip yang canggih. Namun, ketika air mengalir melalui paip bawah tanah ini, ia mungkin akan bertembung dengan karat, tanah dan aliran paip rosak yang boleh menjejaskan kualiti air secara langsung atau tidak langsung di setiap rumah dan boleh mempengaruhi aktiviti harian anda.
Bagi meluaskan akses untuk air bersih, Coway tekad untuk memberikan penyelesaian terbaik melalui penapis air luar rumah dengan menghapuskan endapan seperti sedimen, karat dan bakteria berbahaya sebelum ia disalurkan ke dalam rumah. Dengan kapasiti kadar aliran 3,200 L/J hingga 3,300L/J yang mengagumkan, ia menapis kotoran dengan efisien walaupun di bawah permintaan air yang tinggi dan melindungi kesejahteraan keluarga anda daripada ancaman yang mungkin disebabkan oleh kualiti air yang tercemar.
Tekanan air yang disyorkan untuk pemasangan penapis air luar rumah biasanya berada dalam julat 40 hingga 80 paun setiap inci persegi (psi) untuk menjamin fungsi dan kecekapan yang optimum. Melebihi daripada linkungan julat ini boleh menjejaskan prestasi penapis air luar rumah yang mungkin boleh mengakibatkan masalah yang tidak diingini. Penapis Air Luar Rumah Coway mempunyai kelebihan kerana ia dapat menangani situasi tekanan air rendah bagi memastikan rumah anda mendapat akses terhadap air bersih walaupun dengan tekanan air serendah 15 psi. Ia boleh dipasang secara menegak atau mendatar dan ditawarkan fleksibiliti untuk dipasang pada dinding atau berdiri di atas lantai.
Penapis Air Luar Rumah Coway mempunyai kelebihan tersendiri berbanding yang lain kerana mempunyai injap 4-hala yang mudah digunakan, menawarkan kawalan air yang komprehensif di hujung jari para pengguna. Penapis air tahan lasak ini dilengkapi dengan tuil mesra pengguna bagi memudahkan peralihan yang lancar antara empat mod yang berbeza. Mod Filter memastikan bekalan air yang bersih dan ditapis berterusan ke rumah anda. Dalam Mod Bypass, sistem ini menawarkan bekalan air mentah tanpa ditapis. Mod Backwash akan melakukan pembilasan menyeluruh dan menyingkirkan endapan daripada penapis dengan berkesan. Untuk penyingkiran endapan yang tertinggal selepas melakukan Backwash, Mod Fast Rinse membolehkan proses pembilasan secara pantas. Sistem injap inovatif ini menjamin kemudahan dan kawalan penuh dalam proses penulenan air anda.
Walaupun endapan di dalam air mungkin tidak dapat dilihat dengan mata kasar, kesannya terhadap kesihatan kita tidak boleh diabaikan. Ia mungkin dapat mengakibatkan masalah seperti keguguran rambut atau kulit kering dan mengelupas. Penapis Air Luar Rumah Coway menggunakan sistem diperbuat daripada membran ultrafiltrasi poliviniliden fluorida (PVDF) yang menggunakan konsep dalam-ke-luar untuk menapis sumber air mentah dengan berkesan untuk menghilangkan kotoran dan endapan sekecil 0.01 mikron dengan menyasarkan sehingga 10 jenis kekotoran yang berbeza seperti bakteria, koloid, karat, bahan terampai, sedimen dan banyak lagi.
Penapis Air Luar Rumah Coway menggunakan sistem automatik yang diperbaharui dengan pemasa jangka hayat bateri yang boleh tahan 20% lebih lama. Pemasa ini memastikan pembilasan sistem berkala untuk kebersihan optimum. Antara penambahbaikan ketara yang lain termasuklah skrin LCD yang lebih besar, empat tetapan penyiraman mesra pengguna, dan peningkatan fleksibiliti dalam pelarasan masa dan kekerapan. Tambahan pula, pemasa ini kalis air dan tahan hujan serta percikan air lain.
Dengan mempamerkan komitmen yang tidak berbelah bahagi untuk mengekalkan sistem penapis luar rumah dan kesejahteraan pelanggan, Coway Heart Service merupakan simbol penjagaan berdedikasi mereka. Dilaksanakan oleh Coway Lady (CODY), perkhidmatan berkala ini mengutamakan prestasi sistem penapisan yang berkekalan. Dengan memberi penekanan terhadap peningkatan yang berterusan, maklum balas pelanggan berfungsi sebagai pemangkin untuk penambahbaikan dan memastikan kebolehpercayaan produk yang berterusan. Tunjang utama dalam misi Coway ialah dedikasi terhadap memastikan kepuasan dan keselamatan pelanggan, dengan memberikan sokongan yang tiada tandingan untuk ketenangan fikiran.
Penapis Air Luar Coway direka khas untuk memenuhi keperluan kritikal untuk mendapatkan air yang bersih terus dari sumbernya serta menetapkan penanda aras baharu bagi akses kepada air bersih. Produk ini melambangkan usaha Coway untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia, dan merupakan satu lagi langkah penting ke arah masa depan yang lebih sihat dan mampan. Untuk maklumat lanjut mengenai Penapis Air Luar Rumah Coway, sila layari www.coway.com.my.
