2daf4ce7-04f1-4bf3-9956-3fa23d0a1649 (1)

Gombak – Program Kasih  Ramadan anjuran Yayasan Ikhlas (YI) yang telah mula beroperasi sejak tahun 2014 telah memberi manfaat kepada lebih 16,000 penerima bantuan.

Dalam program ini, YI turut menyantuni pengguna jalan raya dengan mengedarkan 300 Pek Ramadan ‘on-the-go’ yang berisi barangan keperluan, makanan asas, pek sahur dan kelengkapan raya.

Kempen Kesedaran Keselamatan Jalan Raya ini adalah salah satu usaha kolaboratif Yayasan Ikhlas bersama ANIH Berhad, pengendali Lebuhraya Pantai Timur 1 dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) yang sama-sama berusaha menangani isu-isu keselamatan jalan raya.

Pengurus Besar Yayasan Ikhlas, Bilal Jailani berkata, program ini merupakan kebertanggung jawaban bersama bagi mengukuhkan kasih sayangdisamping memastikan keselamatan di jalan raya sepanjang bulan Ramadan.

“Kempen Kesedaran Keselamatan Jalan Raya adalah langkah kecil tetapi bermakna dalam menyumbang kepada masyarakat yang lebih selamat dan harmoni.

“Dalam semangat Kempen Kasih Ramadan dengan tema ‘Beri Seadanya, Berkongsi Seikhlasnya’, kami berharap agar setiap langkah kecil ini dapat memberikan manfaat sebesar-besarnya kepada masyarakat” katanya selepas mengangihkan bantuan di Plaza Tol Gombak.

Tambahnya lagi, YI menggalakkan semua pihak untuk turut serta dalam kempen ini dengan mengamalkan keselamatan semasa memandu dan menyebarkan kesedaran kepada orang lain.

Turut serta dalam kempen Dr. Muhammad Marizwan Abd Manan Pengarah Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Keselamatn Jalan Raya (REER) MIROS dan Datin Radzimah Mohd Radzi Pengurus Besar Kanan ANIH Bhd.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading